Recent update
Rahsia M A T A Lelaki
October 5th, 2006 by inandwan
Rahsia Mata Lelaki
Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.
Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat,maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan
Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.
Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.
Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita WAJIB menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.
Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya,maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?
Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.
Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.
Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan
sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing-masing, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.
Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…
Seindah Hiasan adalah Wanita Solehah ^_^
Posted in ~~ Artikel Besh ~~ | | | 7 Comments
~Indahnya ^_^
September 20th, 2006 by inandwan
Peristiwa Akad Nikah bukanlah peristiwa kecil di hadapan Allah. Akad Nikah tidak saja disaksikan oleh kedua orang tuanya, saudara dan sahabat-sahabat tetapi juga disaksikan oleh para malaikat di langit yang tinggi dan terutama sekali disaksikan oleh Allah Rabbul Izzati . Maka apabila kamu sia-siakan perjanjian ini, ikatan yang sudah terbuhul, janji yang terpatri, kamu bukan hanya harus bertanggung jawab kepada mereka yang hadir, tetapi juga dihadapan Allah Rabbul Alamin.
“Laki-laki adalah pemimpin di tengah keluarganya, dan ia harus mempertanggung jawabkan kepemimpinannya. Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan ia harus mempertanggung jawabkan kepemimpinannya.”
“Yang paling baik diantara kamu adalah yang paling baik dan lembut terhadap keluarganya”.
Rasulullah SAW adalah manusia paling mulia. Dan Aisyah, ia bercerita bagaimana Rasulullah SAW memuliakannya: “Di rumah, kata Aisyah, Rasulullah melayani keperluan isterinya, memasak, menyapu lantai, memerah susu dan memberrsihkan pakaian. Dia memanggil isterinya dengan gelaran yang baik”. Setelah Rasulullah SAW meninggal dunia, ada beberapa orang sahabat menemui Aisyah, memintanya agar menceritakan perilaku Rasulullah SAW. Aisyah sesaat tidak menjawab pertanyaan itu. Air matanya berderai kemudian dengan naafas panjang ia berkata: “Kaana Kullu Amrihi Ajaba…” . Ketika didesak untuk menceritakan perilaku Rasul yang paling mempesona, Aisyah kemudian menceritakan bagaimana Rasul yang mulia di tengah malam bangun dan meminta ijin kepada Aisyah untuk solat malam “Izinkan aku beribadah kepada Rabb-ku” ujar Rasulullah SAW kepada Aisyah.
Seorang isteri boleh memberi apa saja yang ia miliki. Tetapi, bagi seorang suami, tidak ada pemberian isteri yang paling membahagiakan selain hati yang selalu siap berbagi kesenangan dan penderitaan. Di luar rumah, sang suami boleh jadi digoncangkan oleh berbagai kesulitan, ia menemukan wajah-wajah tegar, mata-mata tajam, ucapan-ucapan kasar, dan pergumulan hidup yang berat. Ia ingin ketika pulang ke rumah, disitu ditemukan wajah yang ceria, mata yang sejuk, ucapan yang lembut dam berlindung dalam keteduhan kasih sayang sang isteri . Ia ingin mencairkan seluruh beban jiwanya dengan kehangatan air mata yang terbit dari samudera kasih sayang sang isteri.
Allah SWT berfirman:
“Wahai wanita, ingatlah ayat-ayat Allah dan hikmah yang dibacakan di rumah-rumah kamu. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang dan Maha Mengetahui.”
Rasulullah bersabda:
"Seandainya aku boleh memerintahkan kepada manusia bersujud kepada manusia lain. Aku akan perintahkan para isteri untuk bersujud kepada suami mereka karena besarnya hak suami yang dianugerahkan Allah atas mereka.”
Banyak isteri yang menuntut agar suaminya membahagiakan mereka. Jarang terpikir oleh mereka bagaimana membahagiakan suami. Padahal cinta dan kasih sayang akan tumbuh dan subur dalam suasana “memberi” bukan “mengambil”. Cinta adalah “sharing” saling membahagi. Cinta tidak akan diperoleh kalau yang ditebarkan adalah kebencian. Kasih sayang tidak akan dapat diraih bila yang disuburkan adalah dendam dan kekecewaan.
Marie von Ebner Eschebach berkata:
“Bila di dunia ini ada syurga, syurga itu adalah pernikahan yang bahagia tetapi bila di dunia ini ada neraka, neraka adalah pernikahan yang gagal”. Kerana itulah Islam dengan penuh perhatian mengatur urusan rumah tangga.
"PERKAHWINAN ADALAH BUKAN PERKARA YANG BOLEH DIMAIN-MAINKAN DAN MEMERLUKAN PERANCANGAN YANG BAIK"
~MAHASUCI ALLAH TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI~
Posted in ~~ Artikel Besh ~~ | | | 0 Comments
No Sound Problem
September 17th, 2006 by inandwan
Alhamdulilah…
setelah 2 hari…dlm kesunyian..mlm nie..bunyi telah kembali bergema…Alhamdulilah…
Dua hari lps..laptop kesygn nie..ade mslh sound..xkuar bunyi langsung huhuhu nk men media player pn xleh huhuhu tensen skek…puas otak ni berfikir caranya huhuh dan bnyk udah menyusahkan org…ingatkn Realtek ade mslh..rup2nyer bende len huhuhuh nasib baik leh figure out kt tenet..Alhamdulilah..
kejadian nie..mcmtuela dlm kehidupan kt…
Kdg2 Ujian nie mematangkan kt..nk uji sejuah mana kt leh sabar n xputus asa…setiap yg berlaku ade hikmah tersembunyi…jgn pandang negatif dulu..pk yg positif dulu…jgn mudah give up…lau kt give up, kt xkan tau cmane nk solve prob tue..kt xkan tau ape mslh sebenarnyer n nape die jadi gitu…dan kt xkan dpt belajar apa yg ’sepatutnya’ kt tau ms tue…
Semoga kt semua terus tabah menghadapi dugaan hidup ini..
ALLAH menguji kt..kerana dia sayangkan kt…
" UJIAN = ALLAH SAYANG KITA" (kakya, 2006)
p/s: psl sound prob tue..nk ucapkan thanks kt kwn2 yg sgt caring, tanya prob anis td huhuh terharu..dan pada dia yg bnyk bg semangat..dan special buat DIA yg sempurna mengatur perjalanan idup kt…
Posted in ~~ Luahan Rasa ~~ | | | 3 Comments
IngiN cAntiK ??
August 19th, 2006 by inandwan
Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. urutkan wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi sebanyak 3x. gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan diletakkan di bawah dagu. pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah dari atas ke bawah kerana ia akan percepatkan proses kedutan.
1. sejurus bangun pagi, baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3x dalam hati. kemudian, baru diteguk. air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh jadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
2. baca ayat 35-38 surah al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
3. selepas solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. mudah2an wajah kelihatan berseri dan awet muda.
4. setelah itu, lakukan snaman ringan. hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
5. amalkan memotong kuku atau rambut pada hari2 yang baik iaitu Isnin, Khamis, Isnin dan Jumaat. Mulakan memotong dari jari telunjuk kanan hingga ke jari kelingking dan seterusnya jari kelingking kiri ke ibu jari tangan kiri. amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah2an mendapat berkat di dunia dan akhirat.
6. semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat Nabi di kedua-dua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti Nabi yusuf. amalkan setiap pagi.
8. ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. minumlah setelah setengah jam selepas makan
9. rajin2kan membaca al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
10. amalkan solat tahajud
11. sentiasa tenang dan bersikap positif.
12. mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah
13. maafkan semua orang sebelum tidur.
p/s: petua ini sangat baik untuk diamalkan, selain tidak memerlukan apa-apa belanja..ia juga berkesan untuk menghasilkan kecantikan luar dan dalaman sekaligus (rohani). tak perlu lagi berbelanja besar dan membazir beli bahan yang berbahaya dan haram seperti botox dan bahan2 kosmetik yang mengandungi bahan kimia yang membahayakan. biar kita zahir, cantik juga rohani
KATAKAN TIDAK PADA BAHAN KECANTIKAN YANG PALSU, MENIPU DAN HARAM
Posted in ~~ Artikel Besh ~~ | | | 0 Comments
CahAya IlAhi —> 24434
August 19th, 2006 by inandwan
Bayangkan pada saat kita berdoa dan mendengar ini:
"Terima kasih, Anda telah menghubungi Rumah Allah ".
Pilih salah satu:
* Tekan 1 untuk ‘meminta’.
* Tekan 2 untuk ‘mengucap syukur’.
* Tekan 3 untuk ‘mengeluh’.
* Tekan 4 untuk ‘lain-lain permintaan’."
Atau, bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:
"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Sila tunggu.
Panggilan Anda akan dijawab mengikut giliran."
Bolehkah Anda bayangkan ketika berdoa, Anda mendapat respon seperti ini:
"Jika Anda hendak berhubung dengan Malaikat Jibril, tekan 1. Dengan Malaikat Mikail, tekan 2. Dengan lain-lain Malaikat, tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah semasa Anda menunggu, tekan 4."
"Untuk pertanyaan mengenai hakikat syurga & neraka, sila tunggu hingga Anda tiba disini!!"
Atau Anda juga boleh mendengar ini :
"Komputer kami menunjukkan bahwa Anda telah membuat panggilan sebanyak satu kali pada hari ini. Sila cuba kembali esok hari." atau, "Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubung kembali pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."
Alhamdulillah, Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefonNya setiap saat!!!
Anda boleh memanggilNya pada bila-bila masa saja dan Dia mendengar Anda. Apabila memanggil Allah, Anda tidak akan mendapat nada sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara peribadi.
Ketika Anda memanggil, gunakan nombor utama ini: 24434
2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Ashar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
Info selengkapnya ada di Buku Talipon berjudul "AlQur’anul Karim & Hadis Rasul"
Hubungan secara terus, tanpa Operator, tanpa Perantara, tanpa bayaran.
Nombor 24434 ini memiliki jumlah saluran hunting yang tak terbatas dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun !!.
selamat mencuba !!!
Posted in ~~ Artikel Besh ~~ | | | 3 Comments
~~ kuCari PendiDik heBat ~~
August 19th, 2006 by inandwan
Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke ‘Mahkota Medical Centre’, dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata…. isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.
Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya. Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap. Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.
Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab ‘Kasyaful Mahjub’. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.
Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?
1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).
2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.
3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al-fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda
5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.
Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu’man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logic akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.
Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.
Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.
Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah’mama’nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.
Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur. Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah ‘bintang timur’ dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul ‘bintang timur kecil’ dalam hidup saya
Posted in ~~ Artikel Besh ~~ | | | 5 Comments
~~ DuniA yg paling AKU sukai ~~
August 4th, 2006 by inandwan
Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.
Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."
"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."
"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."
"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."
"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."
Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."
Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat…."
Posted in ~~ Artikel Besh ~~ | | | 2 Comments
~WaniTa dan Rama-Rama ~~
August 4th, 2006 by inandwan
Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda – warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.
Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.
Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.
Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.
Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.
Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar – indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.
Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.
Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.
Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.
Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.
Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.
by: H.M. Tuah Iskandar
Posted in ~~ Artikel Besh ~~ | | | 1 Comments
LinkS bukan sebarang LinkS…
July 16th, 2006 by inandwan
Assalamualaikum sahabat semua…
Saya sangat berminat nk share links beberapa website yg bermanfaat utk tatapan bersama…
1. http://mykuliah.com/mp3/home.html
(Portal Mp3..santapan jiwa dan minda…mcm2 leh donlod kt sini..Ayat Al-Quran, ceramah2 agama, zikir, doa, motivasi pun ade..)
2. http://www.ceramahislam.com
(kat cni pun ade audio lecture n visual lecture..seme best2..mudah je donlod ikut je arahan yg die bagi..)
3. http://www.mosque.org.sg/mks/new/audio.htm
(sini pn ada banyak ceramah agama..leh la jadikan tazkirah harian…)
4. http://www.harunyahya.net/V2/Lang/en/Pg/WorkList/Work/InternetSite/
(kat sini lak..portal yg English nyer..oleh Harun Yahya..mcm2 ada..buku..CDs..articles..utk semua golongan…)
itu sahaja utk kali ini..semoga ketemu lagi…semoga kt semua beroleh manfaat darinya…
Posted in Sedikit InformaSi | | | 0 Comments
:.. KisaH keKasiH saYa ..::
June 18th, 2006 by inandwan
Nak share tentang KEKASIH
saya?(Saya taip huruf besar tu sebab saya terlampau sayang kat DIA) penyayang
sifatNya….Betul ni, tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa
taknya, masa saya susah, minta tolong sajalah pada DIA. Tentu akan datang
bantuan. Bila saya susah hati, boleh terus ngadu kat DIA.-direct. Yang bestnya
tu, bila saya ngadu kat DIA, terasa aman saja. Segala resah gelisah hilang.
Sudah tentulah….KEKASIH, kan? Ish beruntung betul dapat KEKASIH cam nie…Tak pernah sakitkan hati saya. Bila-bila masa aja saya boleh contact DIA. DIA available 24 jam..Kadang-kadang saya menangis bila contact DIA. Hanya DIA la yang boleh memberikan saya ketenangan…
Yang seronok tu, sebab
betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye le, cinta punya pasalkan? DIA tak
kisah pun kalau saya tak ingat kat DIA. DIA tetap setia bersama saya. Tapi
rugilah saya, sebab kalau saya ingat dan contact je DIA, pasti macam-macam
boleh dapat. Tak kiralah, material ke spiritual ke…kadang-kadang DIA lindungi
saya setiap kali saya ingat DIA. emmm memang KEKASIH sejati le tu!
Bila saya rindu kat DIA, baca
saja surat-surat yang DIA bagi tu. Hati saya yang resah pun boleh sembuh
balik…Macam-macam nasihat ada dalam tue. Siap bagi example nak bagi saya faham.
Sebab DIA sayangkan saya, DIA ada bagitau cara hidup yang paling DIA suka.
Sebelum ni pernah gak saya frust, memang sedih betul pada masa tu. Ye le, cinta
bagai nak rak tiba-tiba putus begitu aje. Tapi KEKASIH saya yang ni lain, DIA
tak kisah pun dengan cerita saya yang frust tu. Siap bagi semangat lagi.DIA tak
cemburu sikit pun. Cuma saya yang cemburu dengan DIA.
Memang ramai yang jatuh cinta
dengan DIA, jadi saya kenalah betul-betul. Kata org putih…what you give, you
get back…jadi, kalau saya berusaha lebih sikit saya dapat lebih le,kan? Bertuahnya saya rasa kalau saya mendapat tempat yang special dalam hatiNya.
KEKASIH saya ni teramat baik.
Perfect! Tu yang kadang-kadang area 3-4 pagi di tengah malam, kalau saya
terjaga, sudah tentu saya akan contact DIA. Rindulah!. Masa tue takkan ada
orang gangu kami berbual. Tenang je rasa bila ‘berbual-bual’ denganNya. Saya
luahkan segala yang saya mahu. Saya mintak maaf kerana selalu abaikan DIA dan
kadang-kadang tak dengar larangan dan pesanan DIA. DIA memang selalu ada untuk
saya. DIA cuma tunggu saya berjumpa DIA jer.. Sayangnya kat DIA.
Sebenarnya KEKASIH saya ni
kaya.millionaire..billionaire.dan ntah apa-apa naire lagi.. DIA tu sangat
pemurah. Semua keperluan hidup saya DIA support.caya tak? Free of charge. Masa
saya mula-mula hidup kat dunia ni lagi, DIA dah support saya. Tapi saya tak
sedap hatilah..mesti kena hargai apa yang DIA bagi tu,kan?? Mak saya kata, kalau orang dah bagi
tu, ambil aje walau kita suka atau tak suka. Lepas tu, pandai-pandailah
membalas budi..Tu yang buat saya sanggup berkorban apa saja. Saya cuba sedaya upaya membalas segal budi baik DIA.
DIA memang suruh saya belajar
bersungguh-sungguh. Kalau boleh belajar segala ilmu. Sebab, KEKASIH saya ni
memang bijak, pandai, genius dan lain-lain. DIA kata, tanpa ilmu setiap amal
yang saya buat jadi sia-sia saja. DIA pun tambah sayang kat saya kalau saya
rajin belajar.
Malu le nak cakap ni, sebenarnya emmmmm,.saya
belum pernah jumpa dengan DIA. Belum bersedia laa. Tapi KEKASIH saya ni dah
janji, satu hari nanti, mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari le saya ni.
Tapi kecut perut jugak!
Saya mesti bersedia awal-awal.
Daripada surat DIA yang ada tu, saya tahu apa yang DIA suka dan apa yang DIA
tak suka. Mestilah saya nak buat apa yang DIA suka, jadi bertambah-tambah
sayang le DIA kat saya, kan? Takpelah, berkorban sekarang, sebab DIA dah janji dengan sesiapa yang DIA sayang, DIA bagu hadiah special yang tak pernah saya terfikir pun! Ish!! Rindu sangat dah ni!!
KEKASIHKU.SAYA BERJANJI, SAYA AKAN PERTAHANKAN CINTA SUCI INI. WALAU
NYAWA DIGALANG GANTIKAN, MENGGADAIKAN CINTA TERAGUNG INI, TIDAK SAMA SEKALI.
WALAUPUN TAK PERNAH BERJUMPA SAYA TETAP BAHAGIA.. ITULAH KEKASIHKU.ALLAH S.W.T.
CINTA TERAGUNGKU!!!
Posted in ~~ Artikel Besh ~~ | | | 6 Comments
« Previous Entries Next Entries »| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Sep | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
| 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
| 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
| 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
| 28 | 29 | 30 | 31 | |||
