Recent update

Subscribe to RSS feed

Doa Elak Dirogol dan dicabul

September 24th, 2007 by inandwan

Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak

Di Rogol & Cabul 

Oleh 

Zaharuddin Abd Rahman 

www.zaharuddin. net 

Terdapat
beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada
dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam
situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat
lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Moga DiPelihara

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di

artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin
sebelum ini. 

Ingin
saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim
a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para penjahat melarikan diri,
saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
 

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
 

Ertinya
: Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan
Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka
lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" (
Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad
ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
 

Semoga
ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan
lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu
apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah
dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru,
seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk
beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa
ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah
lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa
yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh
, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih

seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu
menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t
tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.
 

Fikirkanlah.

Posted in Sedikit InformaSi | | |


Leave a reply


  •  

    September 2007
    M T W T F S S
    « Jul    
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
  • Recent Posts

  • Recent Comments

  •