Recent update
Doa Elak Dirogol dan dicabul
September 24th, 2007 by inandwan
Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak
Di Rogol & Cabul
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Terdapat
beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada
dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam
situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat
lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.
Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di
artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini.
Ingin
saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim
a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para penjahat melarikan diri,
saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
Ertinya
: Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan
Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka
lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" (
Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad
ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Semoga
ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan
lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu
apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah
dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.
Justeru,
seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk
beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa
ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah
lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa
yang sebenarnya penampilan fizikal anda.
Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh
, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih
seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu
menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t
tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.
Fikirkanlah.
Posted in Sedikit InformaSi | | | 0 Comments
Gabung Semua
September 19th, 2007 by inandwan
Assalamualaikum
semua..
Lama
betul tak update blog nie yer huhu. Ntah tiba-tiba harini tergerak hati nak
update sambil-sambil berkongsi apa yang berlaku disekeliling saya semenjak dua
menjak neh. Mood blog pada kali ini, NATURAL
Blog Baru
Dah
dua bulan dah saya membuat 2 blog untuk meng’share’ apa2 saja yang menarik.
Blog Sharing is Caring ini khusus untuk artikel2 yang saya jumpa, saya baca dan
saya kumpul dan dirasakan sesuai untuk dimanfaatkan bersama. Dan untuk Ramadhan
kali ini, saya postkan mengenai Ramadhan..dan kebanyakkannya dalam English.
Selain dari berkongsi ilmu dan info dengan kwn2, sy juga berharap entry in
English tue leh dekatkan kita dengan non-muslim dan non-Malaysians. Semuga
hasrat saya ini diberkatiNya.
Satu
lagi blog; Anis is sharing…lebih berbentuk agama skek…sy ada uplodkan video,
music dan artikel2 yang berunsur keagamaan. Dan untuk Ramdhan, sy ada upload
lagu2 Ramadhan yang ada dlm koleksi saya. Dan sambutannya, Alhmdulilah…dan lau
ada permintaan, saya akan upload lagu2 raya yang agak bnyk huhu tp kena tengok
mood ahh..silap2 sambil upload tue nangis lak
Ramadhan
Rasanya
tak terlewat saya ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua.
Semuga Ramdhan kali ini lebih bermakna,lebih baik dari tahun sebelumnya. Tapi
cmane nak jadi kebih baik?? Banyak yang kita leh lakukan untuk tambah ‘ tabung
puasa’ kita. Tp awas, sambil menabung tue, jangan ‘tercicir’ lak. Jangan dok
sibuk tambah pahala, tapi dosa pun tambah gak. Taknaklah ‘balance’ nak “UP”
skek dari sebelumnya. Dan satu lagi, jangan sibuk kejar yang sunnat, tapi yang
wajib kita tak jaga… contohnya, sembahyang 5 waktu kita tak jaga, slalu lewat,
kadang2 miss huhu tapi terawikh buat 20 rakaat…tak ke terbalik tue??
kanOoo
ye ramai gak yang tanya camne pengalaman pose kt sini ?? Sebenarnya lebih kurang sama je kat
mana2. yang penting; diri kita, bukan tempat tue. Mana-mana pun kita bleh
berpuasa, bersahur dan berterawikh n bertadarus kan ? Tapi saya rasa berpuasa dirumah dengan
femeli adalah saat yang manis sekali dan memang tak dapat dilupakan. Taknaklah
tulis panjang2 nati seedy plak
Jadi,
Selamat meneruskan amal ibadah di bulan yang mulia ini. Mehla kita sama-sama
tambah dan penuhkan tabung Ramdhan kita tanpa men’cicirkan’ apa2
saja..insyaAllah…banyakkan berdoa moga2 segala dosa kita diampunkanNya…amiin…
Kerja yang tak habis
Dah
lumrah kita sebagai students, takleh lari dah dr kerja yang banyak. Tue antara
tanggungjawab kita dah. Belajar bukan mudah. Ada orang cakap, lau mudah, itu
bukan belajar hehe tapi saya tak taula die panggil ape
Jadi,
rasanya semua orang sedang dihujani dengan bertimbun2 esemen untuk disiapkan.
Kwn2 saya di Malaysia pulak agak sibuk nak prepare untuk projek PSM, final exam
nanti. Kami disini yang takde exam (jgn jeles yer :P), esemen byang bertingkat2
prosesnya perlu dibuat. Mana tak bertingkat lau 1 esemen tue bawak markah 50%
huhu tak ke banyak tue??? Lau wat cincai cincai..markah pun cincai ahh hehe Man
Jadda wa Jadda (Sesiapa berusaha dia berjaya)
Jadi,
Selamat berusaha semua!!! Chaiyok!! Gambatte ne!!!
Tapi,
jangan lupa salurkan niat kita untuk belajar KERANA ALLAH…
Rasenya
setakat ini sahaja untuk kali ini
Nanti
sy update lagi yer…
Luv
u all….
Posted in ~~ Luahan Rasa ~~ | | | 0 Comments
