Recent update

Subscribe to RSS feed

IngiN cAntiK ??

August 19th, 2006 by inandwan

Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. urutkan wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi sebanyak 3x. gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan diletakkan di bawah dagu. pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah dari atas ke bawah kerana ia akan percepatkan proses kedutan.

1. sejurus bangun pagi, baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3x dalam hati. kemudian, baru diteguk. air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh jadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

2. baca ayat 35-38 surah al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

3. selepas solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. mudah2an wajah kelihatan berseri dan awet muda.

4. setelah itu, lakukan snaman ringan. hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

5. amalkan memotong kuku atau rambut pada hari2 yang baik iaitu Isnin, Khamis, Isnin dan Jumaat. Mulakan memotong dari jari telunjuk kanan hingga ke jari kelingking dan seterusnya jari kelingking kiri ke ibu jari tangan kiri. amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah2an mendapat berkat di dunia dan akhirat.

6. semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat Nabi di kedua-dua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti Nabi yusuf. amalkan setiap pagi.

8. ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. minumlah setelah setengah jam selepas makan

9. rajin2kan membaca al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

10. amalkan solat tahajud

11. sentiasa tenang dan bersikap positif.

12. mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah

13. maafkan semua orang sebelum tidur.

p/s: petua ini sangat baik untuk diamalkan, selain tidak memerlukan apa-apa belanja..ia juga berkesan untuk menghasilkan kecantikan luar dan dalaman sekaligus (rohani). tak perlu lagi berbelanja besar dan membazir beli bahan yang berbahaya dan haram seperti botox dan bahan2 kosmetik yang mengandungi bahan kimia yang membahayakan. biar kita zahir, cantik juga rohani

KATAKAN TIDAK PADA BAHAN KECANTIKAN YANG PALSU, MENIPU DAN HARAM

Posted in ~~ Artikel Besh ~~ | | | 0 Comments

CahAya IlAhi —> 24434

August 19th, 2006 by inandwan

Bayangkan pada saat kita berdoa dan mendengar ini:
"Terima kasih, Anda telah menghubungi Rumah Allah ".
Pilih salah satu:
* Tekan 1 untuk ‘meminta’.
* Tekan 2 untuk ‘mengucap syukur’.
* Tekan 3 untuk ‘mengeluh’.
* Tekan 4 untuk ‘lain-lain permintaan’."
Atau, bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:
"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Sila tunggu.
Panggilan Anda akan dijawab mengikut giliran."
Bolehkah Anda bayangkan ketika berdoa, Anda mendapat respon seperti ini:
"Jika Anda hendak berhubung dengan Malaikat Jibril, tekan 1. Dengan Malaikat Mikail, tekan 2. Dengan lain-lain Malaikat, tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah semasa Anda menunggu, tekan 4."
"Untuk pertanyaan mengenai hakikat syurga & neraka, sila tunggu hingga Anda tiba disini!!"
Atau Anda juga boleh mendengar ini :
"Komputer kami menunjukkan bahwa Anda telah membuat panggilan sebanyak satu kali pada hari ini. Sila cuba kembali esok hari." atau, "Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubung kembali pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."
Alhamdulillah, Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefonNya setiap saat!!!

Anda boleh memanggilNya pada bila-bila masa saja dan Dia mendengar Anda. Apabila memanggil Allah, Anda tidak akan mendapat nada sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara peribadi.

Ketika Anda memanggil, gunakan nombor utama ini: 24434

2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Ashar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
Info selengkapnya ada di Buku Talipon berjudul "AlQur’anul Karim & Hadis Rasul"

Hubungan secara terus, tanpa Operator, tanpa Perantara, tanpa bayaran.

Nombor 24434 ini memiliki jumlah saluran hunting yang tak terbatas dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun !!.

selamat mencuba !!!

Posted in ~~ Artikel Besh ~~ | | | 3 Comments

~~ kuCari PendiDik heBat ~~

August 19th, 2006 by inandwan

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke ‘Mahkota Medical Centre’, dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya  bawak dia jumpa doktor dan ternyata…. isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya. Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap. Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab ‘Kasyaful Mahjub’. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar). 

2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al-fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu’man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logic akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah’mama’nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur. Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah ‘bintang timur’ dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul ‘bintang timur kecil’ dalam hidup saya

Posted in ~~ Artikel Besh ~~ | | | 5 Comments

  •  

    August 2006
    M T W T F S S
    « Jul   Sep »
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • Recent Posts

  • Recent Comments

  •