Recent update

Subscribe to RSS feed

The Real Love Story….(4)

March 2nd, 2006 by inandwan

Episod 4

Adam memerhatikan Siti dan Sarah yg duduk di belakang kereta. Seronok benar diorang perhatikan persekitaran KL ni. Waktu malam begini memang la nampak cantik.
"Nak singgah mana-mana tak" Adam berpaling dan senyum.
"Ha? Singgah mana? Mana la orang tau, Along. Ni bukan tempat orang la" Siti mencebik. Sarah sekadar senyum.
"Yela. Nak makan-makan ke, nak jalan-jalan ke" Adam memberi cadangan.
"Entah la Along. Sarah nak terus gi umah along jek. Makan kat rumah je la, kan Siti?" Sarah mencuit Siti supaya mengangguk sama.
"Ha’aa. Mak pesan tak baik la perempuan merayau malam-malam. Ni kan pulak kat KL. Takut la" sokong Siti.
"OK. Kalau macam tu kita pergi market jap, beli barang nak masak. Pastu balik rumah. Puas hati tak ni?" Adam senyum.
"Ha, Along. Orang nak coklat besar" Siti sudahpun tidak tentu hala setelah terdengar Adam menyebut market.
"Sarah nak aiskrim…" Sarah pun turut eksaited.
"Eii..perempuan.." Adam mengomel.
Adam memerhatikan Zai yg sejak tadi membisu. Mukanya agak pucat.
"Awak? OK tak?" Adam berbisik pada Zai.
Zai menggeleng. Ahh…sudah. Apa yg dah jadik ni.

Sebaik saja sampai di rumah, Zai bergegas masuk ke bilik. Mujur la Siti dan Sarah tak perasan sangat keadaan dirinya itu. Mana tak nya, dah di rasuah dek Adam dengan coklat dan aiskrim.
"Siti, Sarah. Jangan lupa telefon mak karang tau. Risau pulak diorang kang" pesan Adam sebelum menaiki tangga.
"Awak?" Adam mengetuk pintu bilik. Tidak berjawab. Adam menguak pintu dan
terlihat Zai sedang menekan perutnya, seperti menahan sesuatu.
"Awak period ke? Jap saya ambilkan tisu" Adam berpaling dan tiba-tiba Siti terpaku memandang mereka.
"Kaklong period?" Siti seakan terkejut mendengar perbualan yg tak sengaja didengarinya itu.
"Ala, biasa le tu Siti. Perempuan, kan?" Adam mengalihkan pandangannya pada Zai. Muka Zai pucat.
"Saya gi ambik menda tu jap ye" Adam berlalu.
Siti memasuki bilik dan menutup pintu rapat-rapat.
"Along tak sentuh Kaklong lagi ye?" Siti duduk disebelah Zai. Zai diam.
"Nasib baik Kaklong. Kalau Kaklong kat kampung, nak jawab apa kat mak?" Siti
menggeleng. Walaupun ini bukan urusannya, tetapi Siti seakan tidak percaya yg Zai masih keras hati. Ingatkan dah semakin OK.
"akak…akak…" Zai tak terkata sambil menahan kesakitan.
"Dah la tu kaklong. Sampai bila nak simpan dendam macam ni? Tak rasa sakit ke, ha? Apa, Along tu tak baik ke?" Siti menggenggam tangan Zai.
"Kaklong tau tak, dalam bas tadi, ada orang mengurat Siti dengan Sarah. Tapi kami tak layan, sebab kami ni kecik lagi. Tapi kami berharap satu je.
Harap-harap bila besar nanti dapat orang macam Along" Siti memandang Zai yg tunduk sepi itu.
"Apa salah Along pada Kaklong? Sebab dia anak mak? Memang dia nampak sayangkan makcik Salwa lebih dari Kaklong, tapi dia juga sayangkan Along tau tak? Itu mak dia, ini isterinya.." Siti sudah tidak dapat menahan air matanya.
"Siti betul-betul berharap, satu hari nanti. Allah akan uji Kaklong. Biar Kaklong sedar, yg tempat Kaklong adalah disisi Along.." perlahan-lahan Siti bangun meninggalkan Zai yg masih duduk diam.

"Awak, ni tisu" Adam muncul dengan senyuman.
"Terima kasih" Zai mencuri pandang wajah Adam.
"Ye?" Adam perasan.
"Tak..tak de pape" Zai bangun dan menuju ke bilik air.
"Nak saya papah ke?" Adam menghulurkan tangannya.
Zai menggeleng.
"Jalan elok-elok, nanti jatuh nak tanak saya terpaksa papahkan. Take care, OK" Adam masih lagi memerhatikan Zai.
Sebelum Zai menutup rapat pintu bilik air, sempat Zai mencuri pandang pada Adam. Adam tersenyum setelah menyedari Zai memandangnya.
Zai bersandar pada dinding dan melepaskan keluhan panjang.

"Hei, korang. Bawang dah potong ke belum? ni dah nak tumis ni. Cepat la, cepat la" suasana agak bising di dapur dengan hilaian tawa Sarah, Siti dan Adam. Kelihatan Sarah sedang memegang sudip manakala Siti dan Adam sedang tergesa-gesa memotong bawang, cili, daging dan sayur di atas meja.
"Ala, Sara ni nape awal sangat panaskan minyak tu.." Siti berlari anak membawa bawang.
"Hei, korang jangan lupa halia ni.." Adam berlari mendapatkan Sarah.
Bergamit bunyi bawang ditumis. Mereka pula tergelak-gelak bila percikan minyak mengenai mereka.
"Adeh, adeh.." Sarah mengaduh sambil ketawa melihat Siti mengusap-ngusap tangannya.
"Ei, jangan gelak je tau. Ni, masuk daging pulak" Adam menghulurkan daging pada Siti. Sebaik saja daging dimasukkan, bau harum menyelubungi dapur.
"Wahh…" mereka bertiga terpaku seketika dengan bau itu.
"Eh, cepat masuk telur pulak…" Sarah mematikan lamunan.
Dari tadi Zai memerhatikan gelagat mereka bertiga dari pintu dapur. Walaupun hanya memasak mee goreng, tetapi keadaannya seperti mahu berperang.
"Udang ada tak Along?" Sarah menyerahkan sudip pada Siti dan menyelongkar peti ais.
"Ada kat belah atas tu. Meh sini Along basuhkan dulu" Adam mendapatkan Sarah.
"Along, along. Carrot ade tak?" Siti menjerit meminta carrot.
"ha, ade ni. Jap Along potongkan" Adam bergegas ke sinki mendapatkan pisau.
"haha..banyak nye rencah mee ni. Along nak letak pe lak ha?" Adam memerhatikan Siti menggaul mee.
"Along nak letak pe plak ni?" Sarah turut memerhatikan mee digaul.
"Along nak letak cendawan masin bole? jap Along ambilkan"
"Ha? Cendawan masin?. Tanak..tanak" Sarah dan Siti menggeleng membantah.
"Ala, korang boleh.." Adam tergelak kecil melihatkan wajah protes mereka.
"Ala, Along saje ngade nak sabotaj mee kitorang. Tak boleh, tak boleh" Sarah bergegas mendapatkan Adam dan menyimpan kembali cendawan masin.
"Siti, cepat angkat mee.." Sarah tergelak.
Adam tergelak melihat Sarah dan Siti berusaha menyelamatkan mee goreng yg penuh dengan rencah tu.

Selesai memasak, Zai membantu mereka mengemas dapur. Zai menggeleng melihatkan dapur berselerak. Kalau kat rumah, tau la apa jadi kat diorang ni.

"Along baca doa makan" Sarah sudahpun menadah tangan.
"Ala, Sarah la yg baca. Kat rumah asyik Along aje" Adam mengada-ngada tak mau baca doa makan. Ape hanginnye malam ni tah.
"Along sorang je lelaki kat sini. Ketua keluarga pulak tu. eii tak malu tanak baca doa makan" Siti menyampuk.
"Hehe..memang Along tak malu malam ni. Siti la baca." Adam menahan ketawa.
"Tengok la Along kite tu Siti. Malu la orang jadi adik dia…" Sarah mengadu pada Siti yg sedang tergelak.
"Tahpe hape betul Along ni. Tengok, adik orang dah kecik hati. Along kene denda basuh pinggan karang. hehe" Siti mengusap-ngusap rambut Sarah. Sarah memang manja dengan Siti yg setahun lebih tua darinya tu.
"Jangan main-main masa makan" Zai bersuara.
Terus jadi senyap sunyi rumah tu. Tetapi Sarah, Siti dan Adam masih menahan ketawa.
"Jangan takut Sarah, kita ada Along" Siti berbisik pada Sarah. Diorang tak tau ke yg Along diorang ni pun turut kecut perut melihat Kaklong ni marah?

Sudah seminggu Siti dan Sarah berada di KL. Perasaan rindukan mak semakin menebal di hati mereka. Dan esok Adam sudah berjanji untuk menghantar mereka pulang ke kampung.
"Siti, nape ngan along-along kita tu?" Sarah bertanya semasa melipat baju.
"tah, diorang tu perlukan masa kot" Siti menyedapkan hati Sarah. Seminggu mereka disini, sudah dapat rasakan yg Zai dan Adam menyembunyikan sesuatu.
Walaupun tak ketara, sudah dapat agak. Zai yg bercakap bila perlu tu nampak janggal bersama dengan Adam yg suka mengusik.
"Sarah sendiri tahu,kan. Dulu Kaklong tak macam tu" Siti menepuk-nepuk bantal
"Tapi Sarah tak sedap hati la nak tinggalkan rumah ni" Sarah termenung.
"Tak ada apa yg boleh kita buat, Sarah. Kita kena balik rumah jugak. Tempat kita bukan kat sini" Siti memujuk.
"Ha, tu la…tak apa la Siti. Eh, apa kata kita buat sembahyang hajat?" mata Sarah bulat.
"ha’aa kan?" Siti bergegas mengambil wuduk.

[2 bulan kemudian]
"..assalamualaikum" terdengar suara perempuan sedang memberi salam dari luar. Zai dan Shima yg sedang minum kopi mengintai dari jendela.
"Wa’alaikumsalam. Cik cari siapa?" Zai mendekati pagar yg tertutup.
"Maaf mengganggu ya. Saya nak cari encik Adam" perempuan itu senyum. Manis wajahnya.
"Ya, ini rumah encik Adam. Tapi dia belum balik lagi" Zai merenung perempuan itu. Nyata zai tidak pernah mengenalinya.
"Oh, ye ke. Saya ni kawan lama dia. Tak apa kalau macam tu" perempuan itu ,menghulurkan
tangan untuk bersalaman.
"Lela!" Shima separuh menjerit dari pintu rumah.
"Ema?" perempuan itu tersenyum lebar.
Zai terkejut mendengar nama ‘Lela’ disebut. Tersentap hatinya.
"Zai, ini Zalela. Kawan satu universiti dulu" Shima memperkenalkan.
"Bila sampai?" Shima pula bersalaman.
"Dah sebulan la" Zalela tersenyum.
"Jemput masuk…" Zai membuka pagar.
"Ini Zulaikha" Shima sudah mula serba salah.
"hai…" Zalela salam sekali lagi dengan Zai penuh ceria.
"Isteri Adam" sambung Shima.
Ketika itu Zai dapat rasakan Zalela tersentap. Cepat-cepat Zalela melepaskan
tangannya. Zalela merenung Zai dalam-dalam. Macam tak percaya, Adam yg cukup
dikenalinya selama ini sudah kahwin? Nak ada girlfriend pun punya payah!
"Lawa orangnya.." sepatah perkataan yg keluar dari mulut Zalela.
"Jemput la masuk. Boleh minum sama-sama" Zai cuba untuk bertenang.

Malam itu Zai termenung di beranda. Zai sedang berperang dengan perasaannya
sendiri. Perlukah dia mengalah demi kebahagiaan Adam dan Lela? Setahunya Lela baru pulang dari Edinburg setelah menamatkan pengajiannya. Lepas tu terus cari Adam, sebulan lepas tu baru jumpa. Agaknya cinta Zalela begitu mendalam, tidak sepertinya. Zai membayangkan wajah Adam dan Zalela. Sesuai, secocok. Agaknya, sudah tiba masanya untuk Zai berundur.
Lagipun, dia dan Adam tidak melakukan apa-apa pun. Jika Zai berterus-terang dengan Zalela sudah tentu Zalela akan faham. Akhirnya, Adam akan hidup bahagia jua. dan Zai, dia akan kembali ke pangkuan ibu dan adiknya di kampung. Masa depannya akan difikirkan kemudian. Biarlah Zai korbankan Adam, korbankan kursus mengajarnya.
"Awak, nape duduk sorang-sorang kat luar? Sejuk la" Adam selimutkan badan Zai dengan tuala kecil. Zai tunduk, tidak berkata sepatah pun.
"Saya masuk dulu, ek. Takmau kacau awak" Adam sudahpun menghilang.
"Semoga awak berbahagia nanti" Zai menekup mukanya. Air mata deras mengalir,
tetapi tiada esakan.
"Eh,awak. Senario dah mula, la. Jom la kita.." Adam terhenti ketika melihat Zai tunduk tidak bergerak.
"Awak?" Adam sudahpun melutut didepan Zai. Perlahan-lahan Adam membuka tangan yg menekup muka isterinya itu.
"nape? Saya ada buat salah ke? maaf,ek" lembut tutur Adam.
"Tadi…" Zai membuka mata.
"Ya?" Adam menumpukan perhatiannya.
"Zalela dah balik" Zai merenung anak mata Adam.
"Biar la dia balik" Adam senyum dan menggenggam erat tapak tangan Zai.
Zai menggeleng. "Saya nak balik esok" Zai bangun meninggalkan Adam yg masih melutut disitu.
Tersirat darah Adam. Dunia seakan kosong dan kegelapan mula menyelubungi
persekitarannya."Kenapa?" satu perkataan terpacul dari mulut Adam itu sudah cukup untuk menggambarkan kekecewaannya. Apalah dosanya selama ini?

 

Hmmm nampak gayanya sampailah kita ke Episod Akhir Kisah Cinta Adam dan Zulaikha nie.. Saya harap semua dah bersedia dengan beberapa kotak tisu dan sedikit air kopi.. ehehehe.. sedey giler la part nie… tapi yang pasti bg saya best buat ending cam tu… so.. nampak gayanya dah tak sabar yer??? silakan…………… 

Posted in Koleksi Cerpen | | |


Leave a reply


  •  

    March 2006
    M T W T F S S
    « Feb   Jun »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • Recent Posts

  • Recent Comments

  •