Recent update

Subscribe to RSS feed

*Duapuluhempatmarchduaribuenam

March 24th, 2006 by inandwan

Pertamanya, aku bersyukur kepada Yang Maha Esa kerana telah memberikanku peluang untuk terus hidup, terus menunaikan segala kewajipan dan mencari keredhaan dalam hidup di dunia dan akhirat. Syukran !!! Semoga aku tidak mensia-siakan segala peluang, nafas dan nikmat yang diberikan. InsyaAllah.

 

24 March 2006 adalah antara hari yg paling bersejarah bagiku. Hari ini genapla umurku 21 tahun huuhuh xtaula nak cakap tua ke ape hehhe. Tapi apa yang pasti, mana ada orang yang makin muda hehehe. Setiap hari umur akan bertambah. Namun, aku merasakan ada sedikit beban bila umurku menjangkau 21 tahun nie. Lau ikut undang-undang, seingatku, aku sudah boleh membuat keputusanku sendiri. Boleh mengundi dah pun heheh. Dengan kata lain, aku akan menanggung apa yang aku buat. Ntahla tue undang-undang manusia. Cuma yang wajib aku pegang ialah, aku memang akan menangung semua perbuatanku, bila aku telah baligh. Tak kirala, umur bape, 21 ke 17 ke, semuanye sama. Masing-masing tangung sendiri. Buat baik, dapat pahala, buat jahat? Dapat balasannya nati..melainkan taubat…J

 

Ulang tahunku kali nie juga pertama kali kualami di luar Malaysia. Sudah 20 kali aku menyambutnya di Malaysia, tempat tumpah darahku. Arini, di Brisbane, Australia. Lebih spesifik lagi..di Unilodge, Brisbane, ‘a better place to live when studying at Brisbane’ hehehe. Suasananye sedikit berbeza. Suram. Sunyi. Sebak. Walaupun telefon jadi penghubung, tetapi bila keseorangan, aku menjadi sebak, terharu dan sedih mengenangkan sekarang aku berada beribu-ribu kilometer dari Malaysia. Tambahan pula, femeliku tiada bersamaku yang pada kebiasaannya kami akan keluar makan bersama-sama huhuhu. Rindunya kat rumah hhuhhu.

 

Hadiah besday tahun nie yang paling best ialah parcel yg aku terima petang tadi. Sudah hampir seminggu aku menunggunya sampaikan sister receptionist tue dah tau nombor bilikku uhuhu. Bagiku ia bukan sekadar parcel. Ia lambang kasih sayang seorang ibu kepada anaknya yang jauh di perantauan huhuhu. Aku sangat gembira bile membukanya tadi. Penuh dengan makanan heheh. Tak sabar aku hendak menggunakannya heheh. Anis, sabar ek hehehe. Jangan bimbang, aku akan menggunakanmu sepenuhnya hehehe.

 

Pagi tadi, segala kesedihanku sedikit berkurangan (ape ayat nie huhuh) bila pagi tadi..permata hatiku, dearest mate, menelefon, mengajakku makan nasi lemak. Aku sungguh terharu tak terkata. Dia sanggup bersengkang mata sampai pukul 3 pagi, membuat nasi lemak demi ku huhuhuh. Aku tak tau cmane nk membalasnya huhuh. Kawanku sorang lagi, membelikanku kek cokelat yg best dan membuatkan air teh untuk breakfast pagi tadi…Aku cukup menghargai segala yg diorang lakukan utkku. Walaupun dengan mata bengkak, tetapi hatiku cukup gembira bila dapat makan nasi lemak bersama pagi tadi. Rasa macam di Malaysia lak hehehe. Makan nasi lemak sebagai breakfast…agaknya bila lagi ek nak makan nasi lemak huhhuh…

 

Hari ni juga genapla 9 bulan aku kenal seseorang yang amat memahami dan menyayangiku. Seseorang yang cukup sabar melayani kerenah dan kedegilanku heheeh. Dan ia merupakan antara hadiah besdayku yang bermakna. Alhamdullilah. Aku sungguh bersyukur dapat ‘bersamanya’. Walaupun usia hubungan kami masih muda, kata org, setahun jagung, tetapi aku rasakan sudah lama mengenalinya. Aku berharap ‘dua benua’ tidak akan menjadi penghalang dlm hubungan kami. Aku harap hubungan kami akan berakhir dengan ikatan yg suci, sebuah perkahwinan. Amiin. InsyaAllah…

 

 

Posted in ~~ Luahan Rasa ~~ | | | 2 Comments

~~Something to think about ~~~

March 16th, 2006 by inandwan

1. Anda mengetahui yang anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang.

Ulasan: anda mungkin menaruh hati kepadanya,cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.

2. Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu.Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu ’sweet’, saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.

Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.

3. Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih..kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kamu.

Ulasan: Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.

4. Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Ulasan: hargai orang yang menyayangi kamu,bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita,yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.

5. Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.

Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai,maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia.

6. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai.Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?".
Jawab titis air mata kedua tu, "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang menyayangi saya berlalu begitu sahaja."

Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.

7. Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau di mana sahaja anda

Ulasan:
Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar2 anda sayangi.
Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.

8. Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yg bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati,kita tahu yang orang yg kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don’t be too choosy!)

Ulasan: Kita amat kritikal terutamanya kepada orang yg kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.

9. Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.

Ulasan: Jika anda bertemu seseorang yang benar2 menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih anda.

10. Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. pertama, kita bermain ikut peraturannya.Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.

Ulasan: kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan anda. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu terhadap mereka.

11. Apa kata seseorang memberitahu anda ini "Saya tidak percaya dengan courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma membuang masa sahaja.Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi anda,jika anda mencintai saya, saya akan ‘court’(sentiasa cuba memenangi) anda selamanya… "

Ulasan: Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya. terdapat cinta pandang pertama,tetapi i masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya. Merinduinya apabila dia tiada disisi,mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan…

12. Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.

Ulasan: Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu; kerana jika anda berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi,jika anda tidak mahu/berani mencubanya, anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya.

13. Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda bertangguh.

Ulasan: Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda sayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas. Dan anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda.

14. Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya, hanya anda yang akan sengsara;bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sangup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.

Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia layak mendapat cinta anda.

15. Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.

Ulasan: Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati

Posted in ~~ Artikel Besh ~~ | | | 2 Comments

The Real Love Story….(5)

March 2nd, 2006 by inandwan

Episod 5

"Saya tak mahu paksa awak. Saya serahkan 100% keputusan pada awak. tapi awak fikir la elok-elok. Nanti saya sunyi tinggal sorang-sorang" Adam mencuri pandang pada Zai yg duduk disebelahnya. Kereta meluncur laju menuju ke Kuala Kangsar malam itu. Setelah Zai berkemas dan meminta Adam menghantarnya balik malam itu, Adam akur. Adam tidak mahu bergaduh. Zai diam tak berkata apa.
"Awak, tolong cakap sesuatu. Saya tak tahu apa yg awak fikirkan ni" Adam masih cuba memujuk Zai.
"Saya akan ceritakan semuanya pada Lela esok" Zai tunduk.
"ha?" Adam terkejut.
"Saya masih tak percaya yg awak buat semua ni kerana Lela, ye" Adam sudah tidak dapat berkata apa. Terserahlah..

"Saya tolong angkat kan beg" Adam membuka bonet kereta dan mencapai ber Zai.
Cepat-cepat Zai menahan begnya.
"Saya angkat sendiri" Zai berlalu meninggalkan Adam di hadapan rumahnya itu.
Lama Adam memerhatikan Zai, sehinggalah Zai menutup rapat pintu rumahnya.
"Eh,mana Adam?" Halimah terkejut dengan kepulangan Zai.
"Ada kat rumah mak agaknya" Zai mengeluarkan kain bajunya.
"Kenapa tak ikut sekali?" Halimah mengambil tempat disisi anaknya.
"Sebelum apa-apa mak anggap, biar la saya ceritakan semuanya" Zai memandang
Halimah dengan penuh harapan agar memahaminya.

Sementara itu di rumah Adam..
"Sabar la Adam. Zai tengah keliru tu" tenang saja air muka Salwa.
"Entah la, mak. Mak rasa la kan, apa yg jadi kat saya lepas ni? Saya betul-betul sunyi tanpa Zai" Adam baring disisi Salwa yg duduk bersimpuh.
"Cakap la elok-elok dengan dia. Ha, tu la kamu. Mak selalu pesan, bercakap tu penting. Kamu dengan Zai tu bukannya banyak bercakap pun. Mengusiknya ada la.." Salwa memandang Adam yg terbaring kaku itu.
"Kenapa kebanyakan perempuan tak faham ketulusan hati lelaki. Diorang anggap benda ni main-main ke mak?" suara Adam mendatar menahan sebak.
"Tak lah. Kebanyakannya tersalah tafsir yg zahir. Tersalah anggap yg batin"
Salwa senyum.
"Zai tau tak yg saya tak pernah buat main dengan kasih sayang?" Adam membelek cincin perkahwinannya.
"Kenapa cakap macam tu?" Salwa membelai lembut rambut Adam.
"Entah la mak. Mungkin dia anggap saya ni meletakkan cinta pada orang. Jika hilang orang tu, hilanglah cinta saya. Dan sampai mati pun saya akan tetap cintakan orang tu" Adam mengiring memandang ibunya meminta dibelai.
Sudah cukup hatinya kehilangan kasih, tak tahu mana lagi tempatnya melainkan emaknya. Kerana Adam tahu, emaknyalah antara perempuan yg betul-betul menyintainya dalam dunia ini.
"Entah la Adam. Kadang kala perempuan akan bertindak dengan perasaannya ketika itu" Salwa tak terjawab persoalan yg ditimbulkan. Ketika ini Salwa seakan-akan dapat merasakan pilunya hati Adam.
"Saya berserah pada Allah saja, mak.." Adam menitiskan air mata, lalu diseka oleh Salwa.
"Sabarlah, sayang" Salwa menghela nafas pendek.

Di dalam jiwaku disirami salju kasihmu
kususuri jalanmu walau ranjau berliku
cintamu abadi untukku
Tengah saat merindu tafakurku dihadapanMu
deraian air mata gugur dalam sujudku
betapa agungnya cintamu

Gelora, silap tak bisa terpadam
namun harapan menggunung di hati
gelora, kasih tak mungkin terluput
kerana hatiku merantau jauh
ingin bertemu denganmu oh kasih

Rindu mencengkam jiwa
sebak dada tiada tertahan
hanya padaMu tuhan ku serah diri ini
pohon cintaMu yg suci hakiki
(Salju Kasihmu - Siti Nurhaliza)

Halimah diam tidak beerkata apa. Itu keputusan anaknya. Moga-moga Zai diberi hidayah dari Allah.

[subuh]
"

Assalamualikum

.." Adam sudahpun terpacak di hadapan rumah Zai.
"Wa’alaikumsalam" Siti membuka pintu. matanya lebam, air mata masih lagi bergenang.
"Siti, nape ni. Along datang ni, kan?" Adam memegang erat bahu Siti.
"Kaklong ada kat dalam bilik" Siti duduk di birai tingkap.
"He’ee, comelnya adik along ni menangis.." sempat lagi Adam menyakat Siti.
"Tak mau la kacau orang. Gi jumpa Kaklong, lah" Siti mengorak sedikit senyuman.
"Jumpe lagi, ek. Bye.." Adam melambai Siti.

"Awak, boleh saya masuk?" Adam mengetuk pintu bilik Zai. Lalu menolaknya perlahan.
"Hei, assalamualaikum.." suara Zai agak keras. Sedikit marah kerana Adam tak reti nak bagi salam sebelum masuk bilik orang.
"eh, tadi saya dah bagi salam,la." Adam tunduk. Teringat tujuannya kesini. Bukannya nak menyakat, tapi nak berbincang.
"Saya nak tanya awak. Awak dah buat keputusan?" Adam menghampiri Zai yg masih bertelekung.
"Saya tetap dengan keputusan saya" Zai cuba untuk bertegas.
"Baiklah. saya hormati keputusan awak. tapi sebelum tu saya nak beritahu awak banyak benda. Sebab kita tak banyak bercakap, tu yg saya pendamkan.
Sekarang saya nak beritahu jugak, walaupun awak tak mahu mendengarnya." Adam
menghampiri Zai.
"Awak tahu tak apa yg saya suka tengok awak menjeling kat saya? Saya dapat rasakan ada mata yg akan memerhati pergerakan saya. Saya rasa selamat disisi awak. Awak berdikari, dan boleh hidup tanpa saya. Saya rasa selamat tinggalkan awak sekejap kat rumah, masa saya pergi kerja. hehe..Tapi saya selalu rindukan awak. Saya suka kena cubit bila awak geram. Masa kena cubit tu saya rasa macam saya tidak keseorangan, ada peneman disisi yg akan membetulkan langkah saya yg copek ni…Tapi awak tau tak apa yg saya tak suka tentang awak?" Zai tersentak.
"Saya tak suka bila mengenangkan awak akan biarkan saya sorang-sorang kat rumah tu. Nanti saya sunyi, tau?" Adam terdiam.
"Kalau awak tetap dengan pendirian awak, saya terima. Kalau boleh saya takmau lafazkan perkataan keramat ni. Tapi jika itu kehendak awak, saya turutkan. Macam mana nak sebut ni ha? Saya tak reti la…" Adam menggaru kepalanya. Bingung!
Zai menoleh dan melihat Adam terketar-ketar untuk melafazkan sesuatu.
"Ah, saya tak boleh cakap. macam ni la. Bila cincin kahwin saya ni keluar dari Kampung Manong ni, jatuh talak satu untuk awak. Tapi…" Adam diam seketika untuk menelan air liur yg terasa pahit setelah melafazkan kata keramat yg bisa menggoncangkan tiang luh mahfuz itu.
"Nampaknya saya terpaksa mengaku pada satu perkara. Saya rasa…saya.." Adam
menutup matanya supaya air mata tidak mengalir keluar.
"Saya cintakan awak…" Adam tersenyum ketika pejam.
Zai terkedu. Sebak melihat Adam terpaksa melalui detik-detik yg pahit itu seorang diri sedangkan dirinya diam mambatu sejak tadi.
"Saya minta diri dulu, maafkan segala kekasaran abang" Adam berlalu setelah tidak mampu menahan air matanya.
Zai tidak berganjak dari tempatnya sejak tadi. Tiba-tiba zai merasakan kehilangan. Bergemersik telinga Zai mendengar Adam melafazkan perkataan ‘abang’ padanya tadi. Baru Zai sedar yg dirinya telah mengabaikan seorang lelaki yg begitu agung untuk dijadikan seorang pencinta. Tiba-tiba tangannya menggeletar. Sunyi merewang di udara. Siti menguak pinti bilik sambil menangis.
"Siti, ape kaklong patut buat?" Zai mendapatkan Siti.
"Siti, jawab la.." Zai merayu.
"Dah lega dendam akak terhadap Budin tu? Akak ingat mak kawinkan akak dengan Along ikut suka-suka? Mak fikirkan kebahagiaan kaklong tau tak? Kenapa akak ni terlalu ikutkan perasaan? Degil !" Siti melepaskan genggaman Zai. Kecewa dengan sikap kakaknya itu.
"Siti…" Zai menangis teresak-esak.
"Akak ingat senang ke nak dapatkan cinta yg ikhlas? Cinta yg kaklong abaikan ini hanya datang sekali saja dalam hidup. Sekali dia hilang, tak perlu la kaklong carik lagi" Siti memapah Zai yg terjelepok di lantai ke katil.
"Jangan la seksa kaklong lagi, Siti…" Zai merintih.
"Siapa dera siapa?!" Siti menggenggam erat bahu Zai.
"Maafkan kaklong, Siti.." Zai memeluk erat Siti.
"Maafkanlah diri kaklong tu sendiri. Tolong la buat sesuatu sebelum terlambat, kaklong" Siti merayu. Air mata sudahpun membasahi telekung Zai.
"Nak buat apa ni, Siti!!" Zai seakan hilang arah nya.
"Kaklong dah dapat rasakan sunyi tu, kan? ha? Lebih pedih dari dendam kaklong, kan? Cepat la pergi la kejar Along!!" Siti menggoncang bahu Zai.
Moga-moga kakaknya itu kan tersedar.
Zai mengangguk. Disekanya air mata lalu berlari sekuat hatinya. Bagai dirasuk, Zai berlari meredah kabus pagi yg masih menebal. Dalam hatinya hanya memanggil satu nama. Adam…Adam…

"Mak, semoga kaklong dapat kejar kebahagiaan yg dia abaikan selama ni" Siti memeluk Halimah dan menangis tersedu-sedu.
"Sabar la sayang. Selalu mak doakan kebahagiaan kamu semua" Halimah turut menangis melihat Zai berlari meredah kabus dan menghilang di balik kesamaran.

"Mak.." Zai termengah-mengah setibanya di rumah Adam.
"Zai?..Kenapa ni, nak?" Salwa bergegas mendapatkan Zai.
"Abang Adam mana mak? Abang Adam??.." Zai menahan nafasnya. Zai melihat sekeliling, kereta Adam sudah tiada. Tiada!
"Abang…" Zai menangis teresak-esak dan terjelepuk jatuh ke tanah.
"Ya Allah..Zai. Kenapa ni?" Salwa kaget.
"Kenapa ni mak?" Sarah menjengah ke luar rumah.
"Awak?" cepat-cepat Adam memapah Zai untuk masuk ke dalam rumah.
"Abang..abangg.." cepat-cepat Zai memeluk Adam.
"Jangan tinggalkan Saya, abang" Zai menangis teresak-esak dalam dakapannya.
"Syukur, abang tak pergi lagi.." Zai merintih.
"Maafkan Zai, abang" Zai merenung dalam anak mata Adam.
"Awak, cincin, awak..dalam kereta" cepat-cepat Adam meleraikan pelukan Zai dan berlari entah kemana. Meninggalkan Zai terpinga-pinga.
"Kenapa ni Zai?" Salwa yg tidak faham sudahpun risau.
"Kereta Abang Adam mana mak?" Zai menyeka air matanya.
"Amir bawak ke pekan. Ke pasar katanya. Apa halnya ni?" salwa menibas-ngibas Zai.
"Kalau cincin kawin kami keluar dari kampung ni, saya jatuh talak satu, mak" air mata Zai mula bergenang kembali.
"Ya Allah.." Salwa terkesima.

Adam berlari merentas jalan yg tidak berlampu. Samar-samar.
"Ya Allah, semoga restuMu bersamaku" Adam terus berlari tanpa memikirkan dirinya kepenatan.

Ketika itu…
Amir masih lagi menunggu sekumpulan lembu dihadapannya melintasi jalan yg sempit itu. Sudah berapa lama dia menunggu disitu.
"Amirr.." terdengar suara memanggilnya.
"Aik? Biar benar."Amir melihat sekelilingnya. Tak ada orang, lembu ade la.
"Amirrr.." suara itu makin dekat menghampirinya. Cepat-cepat Amir masuk gear satu.
Tok Tok Tok !! Cerminnya diketuk.
"Tidakkk…jangan ganggu akuuu…" Amir menjerit sekuay hatinya.
"Hoi! Ni Along, la" Adam bersandar pada keretanya.
"La, Along ke yg jerit tadi?" panik Amir sudah hilang.
"Iye la.." Adam mengambil nafas sebanyak mungkin.
"Lar..nape tak jerit name Along je tadi. Baru la saya tau Along yg panggil.
Hehe" Amir keluar dari kereta dan bersandar ditepi Adam.
"Loyar buruk" Adam tersenyum. Mengah tak hilang lagi ni.
"Ha, along muncul kat sini nape lak? Dah tak sabar nak balik KL?" Amir menepuk bahu Adam.
"Tak. Along stay. Sebelum tu…" Adam bingkas bangun dan mengambil sesuatu dari dashboard nya.
"Okay, along gerak dulu, ha" Adam mula berlari lagi merentas kabus yg dingin.
"Aii…nape la ngan Along aku ni. Dah seronok lari-lari pepagi buta pulak" Amir memasuki kereta dan terus ke pasar.
"Hmm…dah lama tak makan ayam ni. Elok gak aku beli daging, bole la masak daging masak kicap" Amir sempat mengomel.

Zai mundar-mandir di ruang tamu. Resahnya hati.
"Bawak berehat dulu, Zai. Jemput minum air ni ha" Salwa menghidangkan teh.
"Assalamualikum.." Adam muncul di muka pintu.
Zai terpaku. Cepat-cepat Zai menarik lengan Adam lalu menuju ke bilik Adam.
"Eh, hei..nape main kunci-kunci pintu ni. Saya..saya tak biasa lar.." Adam bersandar di dinding.
"Awak ni..ngada la" terus Zai memeluk Adam. Adam terdiam, terkedu habis diperlakukan begini.
"Jangan tinggalkan saya lagi, ya. Saya nak jadi ustazah. Nak makan burger ngan awak lagi..Tolong jangan tinggalkan saya" Zai menangis.
"Tak lar. Saya takkan buat macam tu lagi" Adam memujuk.
"Awak buat ape?" Zai mendongak.
"Arr..entah..Saya nak senangkan hati awak je. Tu yg cakap macam tu" Adam melalut ape tah.
"Eii..awak memang nak dera saya tau.." Zai mencubit pinggang Adam.
"Adeh. Sakit.." Adam tersenyum melihat Zai.
"Takpe..banyak lagi masanya awak akan kene cubit, tau" Zai menguatkan pelukannya.
"Awak, saya cintakan awak" Adam berbisik.
"Saya cintakan awak juga" Zai mengucup bibir suaminya itu. Merah pipi Zai.

Di rumah Zai..
Siti berlari mendapatkan Zai yg beriringan dengan Adam kembali ke rumah itu.
"Tahniah, akak" Siti tersenyum gembira.
"Siti, kaklong nak tanya ni. Mana Siti belajar cakap macam tadi tu?" Zai berbisik.
"Owh. Orang baca novel, la" Siti tersenyum malu mengenangkan dirinya tadi.
"Terima kasih, Siti" Zai mengucup dahi Siti.
"Nak.." Adam bermuka manja meminta dipeluk sama.
"Eii..gatai.." Zai cubit sekuat hatinya.
"Adeh, awak…awak..tercabut buah pinggang saya lar.." bergema jeritan Adam
mematikan kesunyian kampung.
……….
Jika isterinya terteguk racun, suaminya carikanlah penawar,
Jika isterinya rusuk yang rapuh, suaminya perlu luruskan dengan
berhati-hati,
Suami adalah orang yang mengetahui semua tentang diri isterinya,
Kelebihan, kekurangan…tetapi tetap menyayanginya.

……….
Note:
mmmph –> sukati awak la
mmm –> apa?
mmmphh –> malas layan awak
mmmh–> yer?

SELAMAT BERBAHAGIA ADAM DAN ZULAIKHA

Posted in Koleksi Cerpen | | | 4 Comments

The Real Love Story….(4)

March 2nd, 2006 by inandwan

Episod 4

Adam memerhatikan Siti dan Sarah yg duduk di belakang kereta. Seronok benar diorang perhatikan persekitaran KL ni. Waktu malam begini memang la nampak cantik.
"Nak singgah mana-mana tak" Adam berpaling dan senyum.
"Ha? Singgah mana? Mana la orang tau, Along. Ni bukan tempat orang la" Siti mencebik. Sarah sekadar senyum.
"Yela. Nak makan-makan ke, nak jalan-jalan ke" Adam memberi cadangan.
"Entah la Along. Sarah nak terus gi umah along jek. Makan kat rumah je la, kan Siti?" Sarah mencuit Siti supaya mengangguk sama.
"Ha’aa. Mak pesan tak baik la perempuan merayau malam-malam. Ni kan pulak kat KL. Takut la" sokong Siti.
"OK. Kalau macam tu kita pergi market jap, beli barang nak masak. Pastu balik rumah. Puas hati tak ni?" Adam senyum.
"Ha, Along. Orang nak coklat besar" Siti sudahpun tidak tentu hala setelah terdengar Adam menyebut market.
"Sarah nak aiskrim…" Sarah pun turut eksaited.
"Eii..perempuan.." Adam mengomel.
Adam memerhatikan Zai yg sejak tadi membisu. Mukanya agak pucat.
"Awak? OK tak?" Adam berbisik pada Zai.
Zai menggeleng. Ahh…sudah. Apa yg dah jadik ni.

Sebaik saja sampai di rumah, Zai bergegas masuk ke bilik. Mujur la Siti dan Sarah tak perasan sangat keadaan dirinya itu. Mana tak nya, dah di rasuah dek Adam dengan coklat dan aiskrim.
"Siti, Sarah. Jangan lupa telefon mak karang tau. Risau pulak diorang kang" pesan Adam sebelum menaiki tangga.
"Awak?" Adam mengetuk pintu bilik. Tidak berjawab. Adam menguak pintu dan
terlihat Zai sedang menekan perutnya, seperti menahan sesuatu.
"Awak period ke? Jap saya ambilkan tisu" Adam berpaling dan tiba-tiba Siti terpaku memandang mereka.
"Kaklong period?" Siti seakan terkejut mendengar perbualan yg tak sengaja didengarinya itu.
"Ala, biasa le tu Siti. Perempuan, kan?" Adam mengalihkan pandangannya pada Zai. Muka Zai pucat.
"Saya gi ambik menda tu jap ye" Adam berlalu.
Siti memasuki bilik dan menutup pintu rapat-rapat.
"Along tak sentuh Kaklong lagi ye?" Siti duduk disebelah Zai. Zai diam.
"Nasib baik Kaklong. Kalau Kaklong kat kampung, nak jawab apa kat mak?" Siti
menggeleng. Walaupun ini bukan urusannya, tetapi Siti seakan tidak percaya yg Zai masih keras hati. Ingatkan dah semakin OK.
"akak…akak…" Zai tak terkata sambil menahan kesakitan.
"Dah la tu kaklong. Sampai bila nak simpan dendam macam ni? Tak rasa sakit ke, ha? Apa, Along tu tak baik ke?" Siti menggenggam tangan Zai.
"Kaklong tau tak, dalam bas tadi, ada orang mengurat Siti dengan Sarah. Tapi kami tak layan, sebab kami ni kecik lagi. Tapi kami berharap satu je.
Harap-harap bila besar nanti dapat orang macam Along" Siti memandang Zai yg tunduk sepi itu.
"Apa salah Along pada Kaklong? Sebab dia anak mak? Memang dia nampak sayangkan makcik Salwa lebih dari Kaklong, tapi dia juga sayangkan Along tau tak? Itu mak dia, ini isterinya.." Siti sudah tidak dapat menahan air matanya.
"Siti betul-betul berharap, satu hari nanti. Allah akan uji Kaklong. Biar Kaklong sedar, yg tempat Kaklong adalah disisi Along.." perlahan-lahan Siti bangun meninggalkan Zai yg masih duduk diam.

"Awak, ni tisu" Adam muncul dengan senyuman.
"Terima kasih" Zai mencuri pandang wajah Adam.
"Ye?" Adam perasan.
"Tak..tak de pape" Zai bangun dan menuju ke bilik air.
"Nak saya papah ke?" Adam menghulurkan tangannya.
Zai menggeleng.
"Jalan elok-elok, nanti jatuh nak tanak saya terpaksa papahkan. Take care, OK" Adam masih lagi memerhatikan Zai.
Sebelum Zai menutup rapat pintu bilik air, sempat Zai mencuri pandang pada Adam. Adam tersenyum setelah menyedari Zai memandangnya.
Zai bersandar pada dinding dan melepaskan keluhan panjang.

"Hei, korang. Bawang dah potong ke belum? ni dah nak tumis ni. Cepat la, cepat la" suasana agak bising di dapur dengan hilaian tawa Sarah, Siti dan Adam. Kelihatan Sarah sedang memegang sudip manakala Siti dan Adam sedang tergesa-gesa memotong bawang, cili, daging dan sayur di atas meja.
"Ala, Sara ni nape awal sangat panaskan minyak tu.." Siti berlari anak membawa bawang.
"Hei, korang jangan lupa halia ni.." Adam berlari mendapatkan Sarah.
Bergamit bunyi bawang ditumis. Mereka pula tergelak-gelak bila percikan minyak mengenai mereka.
"Adeh, adeh.." Sarah mengaduh sambil ketawa melihat Siti mengusap-ngusap tangannya.
"Ei, jangan gelak je tau. Ni, masuk daging pulak" Adam menghulurkan daging pada Siti. Sebaik saja daging dimasukkan, bau harum menyelubungi dapur.
"Wahh…" mereka bertiga terpaku seketika dengan bau itu.
"Eh, cepat masuk telur pulak…" Sarah mematikan lamunan.
Dari tadi Zai memerhatikan gelagat mereka bertiga dari pintu dapur. Walaupun hanya memasak mee goreng, tetapi keadaannya seperti mahu berperang.
"Udang ada tak Along?" Sarah menyerahkan sudip pada Siti dan menyelongkar peti ais.
"Ada kat belah atas tu. Meh sini Along basuhkan dulu" Adam mendapatkan Sarah.
"Along, along. Carrot ade tak?" Siti menjerit meminta carrot.
"ha, ade ni. Jap Along potongkan" Adam bergegas ke sinki mendapatkan pisau.
"haha..banyak nye rencah mee ni. Along nak letak pe lak ha?" Adam memerhatikan Siti menggaul mee.
"Along nak letak pe plak ni?" Sarah turut memerhatikan mee digaul.
"Along nak letak cendawan masin bole? jap Along ambilkan"
"Ha? Cendawan masin?. Tanak..tanak" Sarah dan Siti menggeleng membantah.
"Ala, korang boleh.." Adam tergelak kecil melihatkan wajah protes mereka.
"Ala, Along saje ngade nak sabotaj mee kitorang. Tak boleh, tak boleh" Sarah bergegas mendapatkan Adam dan menyimpan kembali cendawan masin.
"Siti, cepat angkat mee.." Sarah tergelak.
Adam tergelak melihat Sarah dan Siti berusaha menyelamatkan mee goreng yg penuh dengan rencah tu.

Selesai memasak, Zai membantu mereka mengemas dapur. Zai menggeleng melihatkan dapur berselerak. Kalau kat rumah, tau la apa jadi kat diorang ni.

"Along baca doa makan" Sarah sudahpun menadah tangan.
"Ala, Sarah la yg baca. Kat rumah asyik Along aje" Adam mengada-ngada tak mau baca doa makan. Ape hanginnye malam ni tah.
"Along sorang je lelaki kat sini. Ketua keluarga pulak tu. eii tak malu tanak baca doa makan" Siti menyampuk.
"Hehe..memang Along tak malu malam ni. Siti la baca." Adam menahan ketawa.
"Tengok la Along kite tu Siti. Malu la orang jadi adik dia…" Sarah mengadu pada Siti yg sedang tergelak.
"Tahpe hape betul Along ni. Tengok, adik orang dah kecik hati. Along kene denda basuh pinggan karang. hehe" Siti mengusap-ngusap rambut Sarah. Sarah memang manja dengan Siti yg setahun lebih tua darinya tu.
"Jangan main-main masa makan" Zai bersuara.
Terus jadi senyap sunyi rumah tu. Tetapi Sarah, Siti dan Adam masih menahan ketawa.
"Jangan takut Sarah, kita ada Along" Siti berbisik pada Sarah. Diorang tak tau ke yg Along diorang ni pun turut kecut perut melihat Kaklong ni marah?

Sudah seminggu Siti dan Sarah berada di KL. Perasaan rindukan mak semakin menebal di hati mereka. Dan esok Adam sudah berjanji untuk menghantar mereka pulang ke kampung.
"Siti, nape ngan along-along kita tu?" Sarah bertanya semasa melipat baju.
"tah, diorang tu perlukan masa kot" Siti menyedapkan hati Sarah. Seminggu mereka disini, sudah dapat rasakan yg Zai dan Adam menyembunyikan sesuatu.
Walaupun tak ketara, sudah dapat agak. Zai yg bercakap bila perlu tu nampak janggal bersama dengan Adam yg suka mengusik.
"Sarah sendiri tahu,kan. Dulu Kaklong tak macam tu" Siti menepuk-nepuk bantal
"Tapi Sarah tak sedap hati la nak tinggalkan rumah ni" Sarah termenung.
"Tak ada apa yg boleh kita buat, Sarah. Kita kena balik rumah jugak. Tempat kita bukan kat sini" Siti memujuk.
"Ha, tu la…tak apa la Siti. Eh, apa kata kita buat sembahyang hajat?" mata Sarah bulat.
"ha’aa kan?" Siti bergegas mengambil wuduk.

[2 bulan kemudian]
"..assalamualaikum" terdengar suara perempuan sedang memberi salam dari luar. Zai dan Shima yg sedang minum kopi mengintai dari jendela.
"Wa’alaikumsalam. Cik cari siapa?" Zai mendekati pagar yg tertutup.
"Maaf mengganggu ya. Saya nak cari encik Adam" perempuan itu senyum. Manis wajahnya.
"Ya, ini rumah encik Adam. Tapi dia belum balik lagi" Zai merenung perempuan itu. Nyata zai tidak pernah mengenalinya.
"Oh, ye ke. Saya ni kawan lama dia. Tak apa kalau macam tu" perempuan itu ,menghulurkan
tangan untuk bersalaman.
"Lela!" Shima separuh menjerit dari pintu rumah.
"Ema?" perempuan itu tersenyum lebar.
Zai terkejut mendengar nama ‘Lela’ disebut. Tersentap hatinya.
"Zai, ini Zalela. Kawan satu universiti dulu" Shima memperkenalkan.
"Bila sampai?" Shima pula bersalaman.
"Dah sebulan la" Zalela tersenyum.
"Jemput masuk…" Zai membuka pagar.
"Ini Zulaikha" Shima sudah mula serba salah.
"hai…" Zalela salam sekali lagi dengan Zai penuh ceria.
"Isteri Adam" sambung Shima.
Ketika itu Zai dapat rasakan Zalela tersentap. Cepat-cepat Zalela melepaskan
tangannya. Zalela merenung Zai dalam-dalam. Macam tak percaya, Adam yg cukup
dikenalinya selama ini sudah kahwin? Nak ada girlfriend pun punya payah!
"Lawa orangnya.." sepatah perkataan yg keluar dari mulut Zalela.
"Jemput la masuk. Boleh minum sama-sama" Zai cuba untuk bertenang.

Malam itu Zai termenung di beranda. Zai sedang berperang dengan perasaannya
sendiri. Perlukah dia mengalah demi kebahagiaan Adam dan Lela? Setahunya Lela baru pulang dari Edinburg setelah menamatkan pengajiannya. Lepas tu terus cari Adam, sebulan lepas tu baru jumpa. Agaknya cinta Zalela begitu mendalam, tidak sepertinya. Zai membayangkan wajah Adam dan Zalela. Sesuai, secocok. Agaknya, sudah tiba masanya untuk Zai berundur.
Lagipun, dia dan Adam tidak melakukan apa-apa pun. Jika Zai berterus-terang dengan Zalela sudah tentu Zalela akan faham. Akhirnya, Adam akan hidup bahagia jua. dan Zai, dia akan kembali ke pangkuan ibu dan adiknya di kampung. Masa depannya akan difikirkan kemudian. Biarlah Zai korbankan Adam, korbankan kursus mengajarnya.
"Awak, nape duduk sorang-sorang kat luar? Sejuk la" Adam selimutkan badan Zai dengan tuala kecil. Zai tunduk, tidak berkata sepatah pun.
"Saya masuk dulu, ek. Takmau kacau awak" Adam sudahpun menghilang.
"Semoga awak berbahagia nanti" Zai menekup mukanya. Air mata deras mengalir,
tetapi tiada esakan.
"Eh,awak. Senario dah mula, la. Jom la kita.." Adam terhenti ketika melihat Zai tunduk tidak bergerak.
"Awak?" Adam sudahpun melutut didepan Zai. Perlahan-lahan Adam membuka tangan yg menekup muka isterinya itu.
"nape? Saya ada buat salah ke? maaf,ek" lembut tutur Adam.
"Tadi…" Zai membuka mata.
"Ya?" Adam menumpukan perhatiannya.
"Zalela dah balik" Zai merenung anak mata Adam.
"Biar la dia balik" Adam senyum dan menggenggam erat tapak tangan Zai.
Zai menggeleng. "Saya nak balik esok" Zai bangun meninggalkan Adam yg masih melutut disitu.
Tersirat darah Adam. Dunia seakan kosong dan kegelapan mula menyelubungi
persekitarannya."Kenapa?" satu perkataan terpacul dari mulut Adam itu sudah cukup untuk menggambarkan kekecewaannya. Apalah dosanya selama ini?

 

Hmmm nampak gayanya sampailah kita ke Episod Akhir Kisah Cinta Adam dan Zulaikha nie.. Saya harap semua dah bersedia dengan beberapa kotak tisu dan sedikit air kopi.. ehehehe.. sedey giler la part nie… tapi yang pasti bg saya best buat ending cam tu… so.. nampak gayanya dah tak sabar yer??? silakan…………… 

Posted in Koleksi Cerpen | | | 0 Comments

The Real Love Story….(3)

March 2nd, 2006 by inandwan

Episod 3

[seminggu kemudian]
"Hello. Assalamualaikum" Zai teragak-agak mengangkat telefon.
"Wa’alaikumsalam. Ini Ema la. Ingat lagi tak?" ceria Shima.
"Ema…" Zai lega. Selalunya Adam yg telefon rumah ni. Itupun waktu tengah hari aje. Tapi tak ada la awal pagi macam ni.
"Ni nak bagitau Zai. Tadi Ema ada tanya pengetua pasal kursus mengajar. Minggu depan tau. Petang karang Ema datang rumah hantar borang, ye"
"Terima kasih Ema. Datang la awal sikit, bole borak-borak"
"OK. Tak ada masalah. Jumpe nanti ye."
"mmm…" Zai mengangguk. Ada juga teman berborak petang ni. Sejak berkenalan minggu lepas jika ada kelapangan, Shima akan datang melawat Zai di rumah. Temankan berbual. Di sekitar rumah itu bukannya ada sesiapa pun. Nak harapkan jiran cina yg sombong tu? Bila berselisih senyum pun tak mahu.

malam itu…
Zai sengaja letak borang di atas meja di ruang tamu. Mudah-mudahan Adam akan
bertanya padanya nanti.
"

Assalamualaikum

?" seperti biasa Adam muncul tiba-tiba di pintu dapur.
"wa’alaikumsalam" jawab Zai perlahan.
"Nak saya temankan balik kampung ke? Ambil sijil awak" Adam melabuhkan punggungnya di kerusi makan.
Zai angguk.
"Esok gak saya ambik cuti. Boleh jenguk mak. Dah lama tak balik, kan?" Ada mencapai segelas air yg duhulurkan Zai.
"erm…" Macam la lame sangat tak balik kampung tu. Tau la dia tu anak mak.

[esok]
"Assalamualaikum…" Adam memberikan salam. Keadaan semakin gelap ketika mereka sampai.
"Wa’alaikumsalam" Siti membuka pintu rumah.
"Mak! Kaklong ngan Along dah balik!" Siti separuh menjerit memanggil emaknya di belakang rumah.
"Ha, masuk la. Takkan nak bagi salam aje kat luar tu" Siti berlari mendapatkan kakaknya.
"Akak dah makan?" Siti berpimpin tangan dengan Zai menaiki anak tangga.
"Dah, singgah kat gerai tadi" Zai mencubit pipi adiknya itu.
"Siti dah habis SPM kan?" Adam cuba masuk kedalam perbualan adik-beradik tu.
"Belum la. Esok, petang esok baru habis. nape? Nak bagi soalan bocor ke?"
Siti berseloroh. Tak macam kakaknya, nak senyum pun tak mahu.
"hehe..tak la. Along nak ajak kamu tinggal kat KL sekejap. Temankan kaklong kamu tu. Nanti kita boleh gi jalan-jalan. Nak?" Adam tersenyum.
Siti memandang Zai yg mengangguk perlahan disebelahnya.
"Ajak Sarah sekali boleh tak?" Siti tersenyum.
"Dah bercadang pun" Adam mengangguk.
"Yes! Nak gi nak train!" Siti separuh melompat.

"Jemput minum air ni Adam" Mak Mah muncul dengan sedulang air teh.
"Eh, susah susah aje mak ni. Patutnya saya yg buatkan air untuk mak" Adam membantu Mak Mah menghidangkan air.
"Patutnya ini kerja anak dara ni" lalu mencubit peha Siti.
"Yang terjerit-jerit ni kenapa?" Mak Mah mencubit lagi, geram dengan telatah Siti yg hyper aktif tu.
"Adei…adeh…mak. Peritnye…" siti mengaduh meminta simpati Adam dan Zai
menyebelahinya.
"Ha, jangan tengok along. Along tak campur" Adam menahan ketawa.
"Mak, Siti nak gi umah Along la camni.." Siti pura-pura merajuk. Padahal dia ni tak boleh tinggalkan mak lama-lama. Mula la tak tentu hala.
"Merajuk ke?" Zai membelai rambut Siti.
"Tak la. Kan Along yg ajak tadi. La, jangan kata tak jadik pulak, ha. Nanti Siti merajuk betul-betul…" Siti memberi amaran.
"Ai..mesti la jadi. Siti nak naik train sampai lebam pun takpe" Adam kenyit mata.
"Adam, Zai ni macam mana? Baik ke perangainya?" Halimah mula bertanya hal yg
meresahkannya sejak Zai menetap di KL.
"Jangan selindung dengan mak. Kalau ada yg tak puas hati beritahu, ya" Halimah memandang Zai yg sedang tunduk.
"Mak, Zai baik la. Makan minum saya terjaga. Pandai ambil hati, senangkan hati saya. Mak jangan la risau" Adam duduk merapati Zai.
"Zai ada melawan tak?" Halimah curiga dengan anaknya itu. Rasanya macam ada sesuatu yg terlindung.
"Tak, tak pernah. Kalau ada apa-apa kami bincang. Kan Iqa?" Adam senyum.
"Kaklong, Along panggil nama manja kaklong kat rumah ke? Hehe…best nye" Siti berbisik.
"Siti, apa yg disibukkan hal along kamu tu, ha? Dah gatal sangat?" satu cubitan hinggap di peha Siti. Kali ni kedua belah pehanya perit.
"Aduh, mak. Ampun…tak, tak mau…" mata Siti sudah berkaca. Perit la tu.
"Mak, saya nak minta diri dulu. Nak jumpa mak" Adam meghabiskan airnya.
"ha, elok la tu. Dia pun risaukan kamu berdua" Halimah senyum puas.
"Minta diri, ya" Adam salam dan cium tangan Halimah.
"Zai, apa yg kamu tunggu lagi tu? Cepat…" Halimah memandang tajam.
Cepat-cepat Zai mencapai beg tangannya dan bersalaman dengan Halimah.

Adam memerhatikan sekeliling rumahnya. Kereta berhenti di depan rumah.
"Awak, apa kata kita berpecah? Awak cari lalu ikut pintu depan, saya ikut pintu belakang? Ok, gerak sekarang…" Adam tersenyum menyakat dan cepat-cepat menuju ke belakang rumah.
Zai tersenyum melihat telatah anak mak yg dah dua tiga minggu tak jumpa mak dia. Eh, nasib baik Adam tak nampak. Zai melangkah menuju ke pintu depan.
Dalam fikirannya masih terbayang lagi ketika Adam memujinya di depan ibunya sendiri. Tapi setakat ini apa lah sangat yg dibuatnya utk Adam?
"Assalamualaikum..cik Salwa…" Adam berbisik di pintu dapur belakang rumahnya.
Dengan pantas Salwa menoleh dan ketawa. Mana ada orang lain lagi yg memanggilnya cik Salwa?
"Wa’alaikumsalam" Salwa menggeleng kepala. Anak bertuah ni dah balik lagi. Tak pernah yg lama kat bandar tu.
"Mak…" Adam memeluk ibunya.
"Iye, anak mak? Ni nampak dek bini kamu mau jeles ni" Salwa ketawa kecil.
"Ala, dia tak kisah.." Adam senyum. Gembira rasanya dapat pulang ke pangkuan mak.

Ketika lahir aku menangis
dan orang disekelilingku tersenyum gembira.
Mak sahaja yg turut meratap menangis,
merangkul aku sambil menatap wajah pucat ini.
Aku terasa selamat, sungguh…
Dan kini aku kembali ke pangkuannya.
Peluklah daku…

"Along, nape tinggalkan Kaklong kat luar?" Amir muncul sambil tersenyum.
"Adam? Kenapa buat macam tu? Dah, pergi panggil menantu mak. Nak ajak dia minum sama-sama" lembut tutur kata Salwa.
"Ala, baru nak…"
"Pergi la" Salwa pujuk lagi.
"Mak tau yg anak mak ni sayangkan mak. Tapi dari dulu lagi mak dah pesan.
Satu hari, kalau Adam beristeri, dialah bakal ibu satu hari nanti. Dia akan pegang gelaran ‘emak’ pula. Ingat, kan?" Salwa mengusap lembut pipi Adam.
"Tapi Adam sayangkan mak" Adam sudahpun sebak.
"Kalau macam tu, sayangkan emak itu juga. Boleh? Bab sayang ni jangan dibuat main" perlahan-lahan Salwa meleraikan genggaman Adam.
"Ya, mak. Adam ingat pesan mak" Adam cuba untuk senyum.
"Assalamualikum…mak" Zai sudah muncul di dapur.
"Wa’alaikum salam" Salwa bersalaman dengan Zai lalu mencium dahinya.
"Mak, mak masak pe?" Adam menjengahkan kepalanya ke kuali.
"Cekodok. Meh duduk sini" Salwa menarik lengan Zai dengan lembut untuk duduk
disisinya.
"Mak sihat ke?" Zai menuangkan air untuk mak mertuanya.
"Alhamdulillah…" Salwa tersenyum melihat Adam dan Zai balik melawatnya. Terubat rindu di hati. Emak mana yg tak gembira melihat kehidupan anaknya dalam bahagia? Itu kan yg diperjuangkan untuk anak-anaknya selama ini?
"Ada tak Adam buat apa-apa pada kamu? Cakap je, tau la mak ajar dia tu"
Salwa menjeling pada Adam. Bukan dia tak percayakan Adam, tapi hendakkan kepastian.
"Tak. Dia baik. Mak jangan la marah dia" Zai meminta simpati.
"Bukan mak bermaksud nak campur urusan kamu berdua, tapi mak ambil berat aje. Maaf ya, Zai" Salwa mencapai tangan Zai.
"Tak. Tak. Tak. Zai tak kisah" cepat-cepat Zai menggeleng.
"Mak, orang angkat cekodok ni ye. Dah kuning lar.." Adam yg sedang sibuk menggoreng itu buat-buat tak dengar perbualan Zai dan emaknya.
"Ha, sudah la tu Adam. Meh duduk sini. Biar Sarah yg sambung karang" Salwa menuangkan air kosong untuk Adam.
"Adam tak minum teh, tau" Salwa sempat berpesan pada Zai.

"Dah nak balik ke? Kenapa tak tidur semalam dua kat sini?" Halimah memandang Zai dan Adam dengan sayu. Baru dapat jumpa sekejap, dah nak balik.
"Esok kerja, mak. Lagipun saya nak daftarkan Zai esok. Kalau ada rezeki, boleh jadi ustazah nanti" Adam senyum, memujuk Halimah.
"Iyelah. Jaga diri baik-baik" Halimah yg masih rindu itu seakan tidak mahu melepaskan anak-anaknya itu.
"Minta diri dulu ya, mak" Zai melambai sayu.
"Siti jangan lupa telefon Along bila sampai KL nanti tau" Adam sempat berpesan pada Siti yg senyap sejak tadi. Sedih nak berpisah dengan kakaknya la tu. Esok nak berpisah dengan maknya macam mana la pulak.
"Sarah kan tau rumah Along" Siti mendekati Adam yg sudahpun berada dalam kereta.
"Ah, tak mau la naik teksi. Esok Along jemput, boleh naik train. Amacam, OK tak?" Adam menghulurkan sekeping not 50 pada Siti sorok-sorok. Masa bersalaman dengan Halimah tadi sempat juga dia hulurkan 100. Puas berperang, baru la diterimanya.
"Eh, tak nak la" Siti menggeleng sambil berbisik. Tak mahu menerima not sebanyak itu.
"Ambik la Siti. Tak yah la sopan-santun sangat. Ni Along la. Balun je. Hehe.." Adam kenyit mata.
"Ha, ajar la adik saya tu balun-balun.." Zai menjeling, tapi cover-cover.
"Awak jangan sakat saya, nanti saya jerit. Mak ada tu" Adam sempat buat lawak bodo semasa riverse kereta.
"Sape yg selalu sakat sape?" Zai mengetap bibir.
"Baik awak senyum, kalau tak, mak nampak. Kantoi la awak. Huhu.." Adam senyum menyakat.
"Mmmphh…" Zai berpaling. Maksudnya ‘malas layan awak’. Adam je yg paham.
"Hehe.." Adam tak habis gelak lagi. Adam gembira bersyukur. Zai dah boleh bercakap lebih dari 5 perkataan dengannya sekarang. Berbanding dulu satu perkataan jek.

Posted in Koleksi Cerpen | | | 0 Comments

  •  

    March 2006
    M T W T F S S
    « Feb   Jun »
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • Recent Posts

  • Recent Comments

  •