Recent update
The Real Love Story….(2)
February 27th, 2006 by inandwan
Episod 2
Dalam panggung…
Sejak tadi anak mata Adam tidak lepas dari memandang Zai mengekorinya dari
belakang. Risau kalau-kalau tersesat dalam panggung tu. Dah la besar, ramai orang pulak tu. Kang kene ngorat pulak sape susah? hehe…
Zai jalan tunduk ke bawah. Mata-mata yg galak memandang susuk tubuhnya itu
terlalu liar. Banyak pulak tu. Perasaannya ketika ini sama saja ketika berjalan pulang seorang diri dari mengaji dan melalui jalan kampung yg tidak berlampu tu. Ei, seram…patut la mak kata wayang ni masjid setan.
"Hai" tiba-tiba Zai ditegur oleh seorang lelaki yg datang dari arah hadapannya. Cepat-cepat Zai berlari mendapatkan Adam dan berjalan berdampingan dengannya. Adam tersenyum. Takut juga dia ni ye. Eh, silap. Sayang jugak dia ni kat aku ye. Hehehe…perasan la aku! Ceh!
"Sejuk tak?" Adam memandang Zai yg memeluk tubuh disebelahnya.
"Tak" mata Zai masih tidak berganjak dari memandang tayangan di hadapan.
"Nah…" Adam membuka baju sejuknya.
Zai menggeleng. Adam menggangguk. Zai menggeleng lagi.
"Eii…ambik je la. Sejuk ni…" Adam memandang serius wajah Zai.
"erm…" Zai mengangguk. Bermaksud ‘terima kasih’.
"ermmm.." Adam tersenyum. Bermaksud ’sama-sama’.
Leka juga Zai menonton cerita kartun ni. Sampai tak sedar yg dari tadi Adam asyik memerhatikannya. Bila agaknya Zai nak gelak ye? Macam mana rupanya kalau Zai tersenyum? Ketawa? Lambat lagi ke. Adam masih menunggu. Niatnya membawa Zai menonton kartun ni bukannya sebab apa. Trick aje ni. Sebenarnya dia nak lihat Zai senyum ketawa. Tapi nape tak gelak jugak ni? Tak kelakar ke?
Adam memandang Zai yg terlena disebelahnya. Sebaik saja memasuki kereta Zai
terus lentok. Penat la tu. Hmmm…tak pegi market. Ala Hamdi, sorry le bebanyak. Ko makan aje la ape yg ade dalam peti ais aku esok.
Zai masih lagi terlena ketika kereta memasuki anjung rumah. Mungkin Zai ni mudah terlena bila kena air cond tak? Okay, esok gak aku pasang air cond dalam bilik. Huhuhu…
"Eh…" Zai tersedar. Jam menunjukkan tepat pukul 12:30 malam. Zai mengesat-ngesat matanya.
"Nak saya papah tak?" Adam mula menggatal mencari nahas.
Tajam anak mata Zai memandang Adam.
"Err…saya gi kunci pintu pagar" pantas Adam keluar dari kereta dan mendapatkan pagar-pagarnya. Nasib baik ko ade pagar. Kau la penyelamat aku malam ni. Aku bukan takut bini la, encik pagar. Aku cuma tak nak bagi dia marah je. Tu je. Lagipun, dia sepatutnya hidup aman damai sekarang tau.
"ehem…" Zai berdehem dari pintu rumah. Maksudnya ‘dah tak nak masuk rumah ke?’
"Eh, kejap…kejap" Adam bergegas memasuki rumah.
[esoknye]
Adam balik cepat dari office hari ni, nak masak skit. Masak kuey tiaw goreng aje. Teringat pulak masa kecik-kecik dulu meniaga dengan mak. Pagi-pagi lagi dah bukak gerai kat tepi pekan. So, kalau setakat nak rush masak kuew tiaw goreng, nasik lemak, mee hoon goreng, tak ada masalah punye.
"Assalamualaikum…" Adam memberi salam perlahan semasa memasuki ruang tamu. Lalu terus menuju ke dapur.
"Hai…" Adam menyapa Zai yg sedang memotong bawang. Eh, bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, dan sawi pun ade kat atas meja.
Zai memandang tajam pada Adam yg tercegat di tepi pintu.
"Eh, saya dah bagi salam la tadi" Adam seakan-akan faham apa yg difikirkan isterinya itu."Tapi perlahan la…" Adam tersenyum.
"mmmph…" Zai meneruskan kerjanya. Adam faham-faham aje ape yg patut dia buat.
Tak lama selepas itu…
āAssalamualaikum…" Hamdi mengetuk pagar rumah Adam.
"Abang jangan main-main. Betul ke Adam dah kahwin?" Shima masih ragu-ragu.
"Abang jangan pakat dengan Adam lagi nak kenekan Ema ye?" Ema memberi amaran. Sudah tak larat lagi nak melayan mereka berdua nih. Suka mengenakan orang aje kejenye.
"Ishh..tak la. Mane ade nak kenekan Ema. Sebenarnya, abang pun tak tau betui ke idak si Adam tu dah kawin ke belum. Kalau iye, iye la. Kalau tak, terkene la kite berdua hari ni. Hehe…" Hamdi menggenggam tangan Shima. Ema jangan risau, abang di pihak Ema hari ni. =)
"Ha, dah sampai?" Adam muncul berseluar jeans, dan berkemeja-T.
"Ala, dia ni lagi. Aku bukan nak jumpe ko. Datang ni pun nak tengok bini ko tau. Mane? Mane?" Hamdi menjengahkan kepalanya.
"Abang…" Shima menggeleng kepala melihat dua sahabat tu yg henti-henti bergurau.
"Ade kat dalam…" Adam berbisik pada Shima. Hamdi perhatikan aje Adam dan Shima. Ni yg tak puas hati ni.
"Dia cakap ape Yang?" Hamdi mencuit bahu Shima.
"Hehehe…ade kat dalam, la…" Shima berbisik pada Hamdi.
"Ooo…" Hamdi mengekori mereka berdua melangkah masuk ruang tamu.
"Duduk ler. Jangan pegi mana-mana tau." Adam berlalu menuju ke dapur.
"Ala, dia suruh kita duduk pulak la,Yang. Nape tak terus tunjuk? Hehe" hamdi menahan ketawanya.
"Hei abang ni. Ni nak datang melawat ke nak gatai tengok bini orang?" Shima merangkul tangan Hamdi.
"Bukan pe,Yang. Abang cam tak percaya je ngan Adam tu. Dia tu kan selalu buat lawak yg orang lain tak pernah fikir. Kan?" Hamdi menyuarakan pendapatnya. Ada bernasnya pendapat tu, Shima pun sedia maklum dengan perangai Adam tu.
"Weh, meh jemput makan" kelihatan Adam menghidangkan sesuatu atas meja makan. Disebelahnya kelihatan seorang wanita yg kemas berbaju kurung dan bertudung.
"ha, tu dia lawak Adam hari ni" Shima menarik lengan Hamdi menghampiri meja makan. "Cantik nye lawak dia kan?" Shima mengusik Hamdi yg terdiam sejak melihat Zai tadi.
"Betul ke awak ni isteri Adam?" tanpa disedari Hamdi bertanya soalan yg sering bermain dalam fikirannya.
Zai memandang Hamdi dengan satu pandangan kosong. Tidak berkata apa, terus menuju ke dapur.
"Abang…" Shima mengetap bibir pada Hamdi. Dan mengekori Zai ke dapur.
"Eh, Adam. Dia nangis ke? Weh, sorry la. Aku tak maksudkan apa-apa pun…"
Hamdi mula rasa bersalah.
"Entah la, Di. Aku rasa dia OK. Cuma malas nak layan ko. Hehe" Adam menyusun cawan di atas meja.
Di dapur…
"Maaf ye. Suami saya tu memang macam tu. Kadang-kadang saya ni pun disakatnya. Awak tak ambil hati, kan?" Shima menolong Zai mengelap pinggan.
"Saya tak ambil hati pun." Zai menggeleng kepala.
"Alhamdulillah. Nama saya Shima. Diorang panggil saya Ema. Awak?" Shima menghulurkan tangan.
"Zulaikha. Mak panggil Zai." Zai bersalaman.
"Ema rasa, kan. Zai pun mesti kene sakat dengan Adam tu kan?" Shima berbisik.
"Mmm…ade la jugak. Dia memang macam tu ke?"
"Ha’aa. Same macam lagi sorang kat luar tu. Tapi, Adam lagi nakal. Hehe"
"Ema macam dah lama kenal Adam aje"
"Ade la dalam tiga empat tahun ni. Masa kat university dulu satu course"
"Owh..suami Ema?"
"Hamdi? Adam yg kenalkan. Macam-macam Adam buat supaya kitorang jumpa.
Eii…taknak ingat, nakal tau dia tu" Shima tergelak kecil.
"Ema…" Zai memandang Shima.
"Adam ada perempuan lain tak?" Zai menguatkan dirinya untuk bertanya. Sejak berkahwin dulu dia tertanya-tanya tentang diri Adam. Yang Zai tahu, mak adam Makcik Salwa, ayah Adam Pakcik Said. Adik nya Amir dan Sarah. Itu aje. Masa kecil dulu selalu la jugak main tepi bendang sama-sama. Tapi sejak Adam masuk sekolah asrama, tak pernah jumpa lagi.
"Tak. Saya berani kata dia tak ada perempuan lain…" jawab Shima dengan tenang. Macam mana Adam boleh ada girlfriend? Selama ini pun keluar berjalan dengannya dan Hamdi. Mereka bertiga aje.
"Dulu?" Zai bertanya lagi.
"Ha, dulu ade. tapi tu dua tiga tahun lepas" Shima senyum.
"Nama dia Lela." Shima menambah.
"Nape tak tanya Adam sendiri?" Shima pula bertanya.
Zai menggeleng. "Saya…saya…" Zai terkedu.
"Tak apa la. Tak salah kalau Zai nak tahu. Kan?" Shima memegang bahu Zai dan
menghadiahkan senyuman.
Zai menggangguk.
"Jom…" Shima sudahpun mengangkat pinggan dan beriringan menuju ke meja makan.
"Maaf ye" Hamdi menghadiahkan senyuman.
"Tak apa" Zai mengangguk.
"Ema kerja apa?" Zai berbisik pada Shima yg duduk ditepinya.
"Cikgu" laju aje Adam menjawab soalan yg tak ditujukan padanya itu. Sibuk aje. "Kaunselor…" Hamdi memotong cakap Adam.
"Cikgu kaunseling la" Ema tersenyum melihat gelagat Hamdi dan Adam setiap kali bertengkar tentang profesion nya itu.
"Tapi itu kan cikgu namanya" Adam tak berpuas hati dengan Hamdi.
"Aii…sudah la tu. tak kisah la Ema keje ape. Zai keje ape?" Shima tersenyum lagi.
"Tak tahu" zai menggeleng.
"Sebelum ni ajar mengaji kat surau" pintas Adam. Zai menjeling pada Adam.
"Ha, bagus la tu" Shima mengangguk.
"Hei, mana ada orang kata AJAR MENGAJI? Orang kata ajar baca Quran la" Hamdi sengaja mencari salah Adam. Memang macam ni la selalunya. Loyaq buruk.
"Zai jangan layan diorang tu. Ha, nak jadi ustazah tak?" Shima berbual dengan Zai perlahan, membiarkan Adam dan Hamdi.
"Ha? Boleh ke? Saya ni lulus SRP je " Zai mencari kepastian.
"Boleh ape. Tapi kene ambik kursus mengajar dulu la. tak lama, dalam 3 bulan aje. Nak tak? Nanti Ema tanyakan pada pengetua, ye?" Shima memberikan harapan.
Zai sekadar mengangguk.
"Terima kasih sudi datang. bila-bila jemput la datang lagi" Adam menghantar Shima dan Hamdi hingga ke kereta mereka.
"Nah. kalau nak borak-borak boleh call Ema" Hamdi menghulurkan kad Ema pada Zai.
"Terima kasih" Zai memandang Shima. Satu-satunya kawan disini. Trit trit(konon² bunyi hendset)…
"Hantar sekarang boleh tak? Saya tengah free ni" terdengar perbualan Adam.
"Ok. Kami balik dulu. Senang-senang nanti Zai kena datang rumah Ema pulak
tau" Shima melambai Zai.
Tak lama selepas itu…
Sebuah lori sederhana besar berhenti betul-betul di hadapan rumah mereka.
"Ha, dah sampai" Adam tersenyum memandang Zai.
"Ha?" Zai tak mengerti.
"Air cond. Yg macam dalam kereta tu…" Adam menuding keretanya.
"ha??" Zai bertambah bingung. Apa ni? Tak faham betul la dengan orang tua nih.
"Hehe..tak ada apa-apa la. jom masuk" Adam tersengih.
Posted in Koleksi Cerpen | | |

on February 28th, 2006 at 8:45 am
hehe. mmg best. sambunglah lagi ek. mcm cite bersiri lak