Recent update

Subscribe to RSS feed

Pudu, shopping, ais-krim dan …

December 21st, 2005 by inandwan

 

‘’ Lin, dh pkul 10 lebih nie, xnak p lagi ke? Kate nk p tepat kul 10? “ kwnku, Sam mengejutkan lamunanku ketika aku sedang asyik melayan friendsterku. Aku hanya melemparkan senyuman kepadanya sambil mengangkat sebelah keningku.Tanpa bnyk bicara, aku terus log out dan meluru kepadanya dan bersalam serta berpeluk tanda kami akan berpisah. Aku sempat memberitahunya yang aku akan menghantarnya menaiki kereta api petang nanti, sekiranya aku sempat pulang sebelum kul 6 nanti. Tanpa melengahkan masa lagi, aku terus berjalan keluar dari kampusku. Aku hanya tersenyum kepada pakcik guard yg mungkin pelik melihat aku berjalan keseorangan dengan wajah yg ceria hehehee. Aku terus berjalan di laluan pejalan kaki. Kereta lalu lalang disebelah kananku. Hatiku mula berdebar. Rindu sangat aku padanya. Tiba-tiba aku ditegur oleh seorang lelaki. Hatiku mula merasa resah. Aku mempercepatkan langkahku. ‘Ya Allah, lindungilah aku’..aku berdoa dlm hati sambil mulutku terkumat-kumit membaca ayat Qursi. Aku terasa jalan yang kutujui semakin jauh kerana lama benar masa yg aku ambil utk sampai ke jalan utama. Aku semakin takut dan terus berdoa agar aku cepat sampai ke jalan besar. Alhamdullilah, akhirnya aku sampai ke tempat yg ditujui, taxi stand.Aku dapati ada dua org wanita yg tersenyum ke arahku. Sempat lagi aku menegur dieorg utk meredakan perasaan resah gelisahku tadi. Alhamdullilah, aku berjaya memasuki sebuah cab yg dipandu oleh seorang lelaki muslim. Di dalam kenderaan itu, aku hanya mendiamkan diri sambil berdoa agar segalanya selamat. Aku menjeling ke arah jamku. Rupa-rupanya 15 minit lg, temanku akan tiba di perhentian bas. Arap-arapnya aku tiba sebelum dia sampai, sempatlah aku survey tempat dulu.

 

Tak lama kemudian, aku pun tiba di Puduraya. Aku merasa ganjil, mcm org asing sewaktu melangkah masuk di perhentian bas tersebut. Org ramai yg ada disitu melihatku dengan pandangan yg pelik. Aku terus berjalan keseorangan sambil menghantar SMS kepada temanku mengatakan bahawa aku telah tiba di situ. Dia membalas dan menanyakan adakah aku akan menjadi degil kerana aku sampai awal dan akan menunggunya? Tapi,aku cuma tersenyum bila merecall kembali pertemuan kami dahulu, dimana aku menunjukkan sikap degilku.Tp,ntah mengapa aku xkesah kalau dia lewat kali ini. Xkesahla, yg penting die selamat sampai.Aku terus melangkah tanpa haluan. Sekadar mahu meninjau tempat tersebut. Aku melalui deretan kedai2 makan. Mataku melilau melihat nama2 kedai yg terpapar. Banyak sungguh, tapi, sesuatu yg membuatkan aku xselesa ialah tuan2 kedai melambai2, memanggil-manggilku. Aku hanya melemparkan senyuman dan mengeleng-gelengkan kepalaku. Dalam hati Tuhan je yg tau mcmane berdebarnye aku heheheh…

 

Aku semakin kurang selesa dengan keadaan sesetengah org yg memandangku dengan wajah yg pelik. Setelah puas aku berfikir apa yg menyebabkan mereka memandangku demikian, aku menghantar mesej kepada Sam, aku menanyakan adakah pakaianku ataupun cara berpakaianku arini ganjil sedikit. Dia menyuruhku tidak mempedulikan dieorg kerana baginya segalanya ok. Semuanya normal je katanya. Lega aku mendengar katanya itu. Akan tetapi, aku menjadi penat melihat org yg lalu lalang disekelilingku. Tekakku merasa loya. Kepalaku tetiba berpusing-pusing, aku jadi pening. Aku hairan dengan keadaan diriku. Sekejap sahaja boleh berubah. Aduh,aku terus mencari bangku dan duduk di tepi dua org mat salleh. Aku cuba menenangkan diriku. Aku menghantar mesej kepada temanku agar dia cepat sampai, memandangkan aku sudah tidak tahan lg berada di sini hhuhhuhu. Aku mahu menangis rasenye. Tiba-tiba datang seorang ayah mendukung seorang bayi duduk di sebelahku. Bayi itu tersenyum kepadaku. Alamak, tetiba je aku segar kembali. Aku mengacah2nya dan senyum2 ke arahnya. Comel sungguh budak nie.Kakaknya memandang kami dan tersenyum ke arahku. Aku berganjak sedikit kemudian mengajak kakak budak comey itu duduk di sebelahku. Dia datang dan mengucapkan terima kasih kepadaku. Aku berbual dengannya dan menanyakan tujuan dia kesini. Dia nampaknya agak peramah. Aku senang berbual dengannya.Tiba-tiba aku menerima mesej yg ditunggu2. Org yg ditunggu2 sudah tiba. Tapi dimana dia??

 

Aku terus meluru ke arah jejantas yg berhampiran. Dia menelefonku mengatakan bahawa dia juga berada berdekatan dengan jejantas. Aku mencarinya tetapi tiada. Eh? Xkan nk main sembunyi2 lak dia nie…hehehe. Tak lama kemudian, si dia tiba dengan memakai baju yg aku hadiahkan kepadanya. Segala penat lelah, rasa kurang amanku hilang. Aku memberitahunya supaya terus beredar ke tempat lain kerana aku xlarat berada di situ. Dia bersetuju sahaja, tetapi dia mahu membeli tiket bas utk pulang nanti. Aku hanya menurutnya. Tak sampai 10 minit, kami berjaya memboloskan diri keluar dari Puduraya dan tiba di stesen STAR. Aku menyuruh dia tunggu aku sementara aku beratur utk membeli tiket kami. Kesian aku melihatnya kepenatan. Di dalam kereta api laju itu, aku berdiri di depan pintu, sementara dia duduk diapit oleh dua orang wanita hehehe. Aku xkesah. Lgpn dia nampak begitu letih. Sampai di stesen berikutnya, kedua-dua wanita tersebut keluar dan meninggalkan tempat duduk kosong. Aku tidak duduk di sebelah temanku sebaliknya aku duduk di tempat lain yg kosong. Kami saling berpandangan dan kemudiannya tersenyum. Kami tiba di stesen yg dituju. Sewaktu kami melangkah keluar dari kereta api tersebut, si dia memberikan penjelasan tindakannya yg tidak datang dan duduk di sebelahku tadi. Aku hanya mengangguk dan tersenyum.

 

Kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki menuju ke food court yang berpatutan harganya. Nasib baikla mentari tidak begitu terik. Kami berjalan sambil berbual2. Dah lama kami xkeluar bersama dan jalan2 sebegini.Setibanya kami di destinasi yang dituju, kami mencari gerai yang menjual nasi campur. Kami memilih menu yg sama, ayam goreng, sedikit sayur dan teh ais. Kami menjamu selera sambil berborak2. Aku tidak banyak cakap, hanya menjadi pendengar yg setia. Aku hanya mahu memberi ruang kepadanya untuk bercakap sambil2 tue aku boleh fikir nk merayap ke mana jap lg hehehhe. Die begitu bersemangat utk bercerita mengenai kisah mualaf yg ditontoninya semalam. Aku kagum dgn sikap bersungguhnya yg begitu menarik menceritakan segalanya kepadaku. Tapi, satu perkara yg aku hairan dengan diriku. Kenapa aku xboleh memandangnya tepat2 sewaktu die bercerita?? Aku jadi gelisah setiap kali aku ingin menatap wajahnya yg sedang bercerita itu. Aiii, nampak mcm kurang ajar lak tindakan aku memalingkan muka ke arah lain sewaktu die khusyuk bercerita. Lgpn, aku rasa itu elok bagi menjaga adat dan tingkah laku dlm pergaulan kami. Dalam hatiku, aku berdoa agar die faham dan memahami segala yg aku lakukan.

 

Selepas selesai makan tengah hari, aku mengajaknya jalan2 di sekitar kedai2 yg berhampiran. Aku mahu menghabiskan masa bersamanya berjalan2 sambil2 melihat2 barang2 yg dijual. Kali ini giliran aku pula yg bercakap. Turn taking lak hehheh. Aku menerangkan segala aktiviti aku dgn kwn2ku sewaktu kami dtg ke tmpt ini…hehhehe. Mcm tourist guide lak aku rase. Die hanya menurutku, tanpa bertanya ke mana hendak dituju. Pada masa itu, aku teringat utk mencari kedai buku kerana aku rasa tempat tue yg terbaik utk kami kunjungi, tambah pula, kami masih lg pelajar. Kami masuk ke sebuah kedai buku,destinasi yg selalu aku kunjungi bersama kwn2 ku. Aku mencari tafsir Al-Quran utk dihadiahkan kepada kwnku, Sam, tetapi tiada yg berkenan plak huhhuh. Aku membelek2 beberapa buku agama dan temanku juga berbuat demikian. Akhirnya, die tertarik dengan himpunan doa2.Alhamdullilah.Tiba2 aku terlihat sebuah buku yg sudah lama aku cari, yg ingin aku hadiahkan kepadanya. Tetapi, entah mengapa aku membiarkan dia membelek dan membaca2 buku tersebut, sedangkan aku?? Aku sudah berada di kaunter pembayaran dan menghulurkan buku2 untuk dibeli huhuhuhu. Mcmane aku boleh bayar buku2 yg aku beli dahulu, sedangkan buku itu?? Aku hanya kaku di situ dan mampu melihat dia membayar buku tersebut.Dengan sedikit kekesalan dan kekecewaan, aku mengajaknya keluar. Dengan tidak semena2 hujan pula turun. Kami segera mencari tempat berteduh dan aku mengajaknya ke sebuah lg kedai buku utk mencari sekeping kad ucapan. Alhamdullilah, aku menjumpai kad yg aku cari. Die hanya setia bersamaku, mengikutku. Bagus betul, bleh jd pengikut mase shopping nie hehhehe.

 

Kami meneruskan outing kami dengan mengunjungi satu tempat yg sememangnya aku ingin membawanya ke sana. Sampai di situ, kami ke surau utk mengerjakan solat Zohor. Setelah selesai, kami berjumpa di luar. Aku terkejut melihat wajahya yg masih lagi basah ketika mengambil wuduk tadi. Die nampak sungguh tenang dan suci. Suka aku melihat wajahnya ketika itu.Die pun mengakui segar selepas sembahyang td. Tanpa melengahkan masa, kami berjalan2 di ground floor. Ada sebuah pameran di situ. Siap dengan karpet merah lg heheheh. Aku berjalan meninggalkannya sedikit ke hadapan dan kami terpisah. Menyedari akan ketiadaannya disebelahku, aku memalingkan tubuhku ke belakang dan mencarinye. Aku resah. Eh, xkan ilang kot…huhuhuh.Tak lama kemudian, die muncul dengan wajah yg tersenyum. Aku kembali hepi, tetapi sedikit berdebar. Die dtg ke arahku dan berbisik yg ade org yg memisahkan kami sewaktu die berjalan td hhuhuh. Aku hanya mengangguk dan kemudiaannya tersenyum sendiri. Aku teringat kata pujangga dalam filem kegemaranku, kuch kuch hota hai..;)

 

Selepas itu, kami menaiki escalator ke floor seterusnya untuk mencari baju sebagai hadiah hari lahirnya. Kami bersama-sama mencari baju untuk si dia membuat pilihan yg terbaik. Aku hanya menurut dan mengekorinya. Aku agak kesal kerana xmenjumpai baju yg diidam-idamkannya huhuhu. Akhirnya, dia mengambil baju yg first skali die tengok tadi hhehhe. Perangainya agak sama denganku. Aku xkesah, lagipun yg penting, die berkenan. Setelah agak lama kami berjalan2, pusing di men’s department itu, die mengatakan perutnya sakit. Rupa-rupanya masa makan tibe lagi hhehehhehe. Kami terus ke food court di pasar raya berkenaan.

 

Kami mengambil keputusan utk makan ais krim di Secret Recipe, sebuah kedai kek yg cukup terkenal. Kami memesan 2 jenis ais krim yg berlainan. Kami terus menyambung perbualan kami. Kali ini, die bercerita mengenai keluarganya dan kawan2nya. Aku mendengar dengan penuh khusyuk sambil perut sudah mula berkeroncong. Lambatnya sampai ais krimku nie…huhuhuh. Ais krimnya sudah tibe, tapi yg peliknya dengan 2 sudu. Nape dua? Pelik gak, takkanla die ingat kami hanya memesan satu cup sahaja? Aku pegi bertanya kepada petugas restoran tersebut. Rupa2nya die ingat kami pesan satu order je. Tak lama kemudiaan, ais krimku sampai dan kami mula menjamahnya. Die terpaksa makan agak laju kerana ais krimnya sudah mulai cair. Setelah menghabiskan ais krim tersebut, kami terus sambung kerancakan berbual. Si dia membuka cerita dengan hal mengenai rancangan pertunangan kami. Aku tidak menyangka yg dia mahu berbincang mengenai perkara itu face to face hehhehhe. Aku jadi serba xkeruan. Aku tidak mampu menjawab soalan2 ‘cepu emas’ yg ditanyanya itu. Aku cube melengah-lengahkan kehendaknya itu.Aku tidak mampu berfikir panjang. Tiba2 die bertanya tempat utk membeli cincin kepadaku. Aku kembali berdebar. Namun, aku sedikit gembira kerana ternyata si dia begitu ikhlas dan serius untuk berkawan denganku.

 

Kami terus ke ground floor utk mencari cincin yg telah dijanjikan. Setelah puas mencari, akhirnya kami tiba di sebuah booth yg menjual cincin silver. Banyak sungguh pilihannya, sampaikan rambang mataku dibuatnya. Semuanya nampak cantik, harganya pun boleh tahan. Dia memberi kebebasan kepadaku utk mencuba dijari manisku. Kakak penjual barangan silver tersebut hanya mamndang kami sambil tersenyum. Aku terus mencuba dan mencuba. Mataku sudah dipukau hehehhe. Aku tidak tahu mana satu yg berkenan. Apabila ditanya yg mana satu pilihanku, aku mengambil keputusan utk mengambil cincin yg temanku puji kecantikkannya. Lagipun, aku tidak nafikan kecantikkannya. Aku bersetuju dengan pilihannya kerana aku sudah dipukau hhehhe. Kini, tibalah giliran aku untuk membalas pemberianya itu. Aku ingin membelikannya sebentuk cincin sebagai tanda kasihku kepadanya. Akhirnya, kami tiba di sebuah kedai yg menjual barangan silver. Mcm2 perhiasan diri yg ade di situ. Kini aku merasakan si dia pula yg terpukau hehhehe. Aku hanya membiarkan dia mencuba cincin ke jarinya. Aku xkesah dengan ape jua pilihannya, kerana dia tahu memilih yg terbaik utk dirinya. Die terus mencuba sambil aku melilau2 ke arah cincin2 lain. Aku pun turut terpukau hheehhe. Akhirnya dia mengambil keputusan utk membeli sebentuk cincin yg diukir cantik. Aku pun turut berkenan. Kini, secara tidak rasminya, kami berdua telah ‘diikat’.

 

Setelah hampir 7 jam kami bersama, akhirnya kami tiba di Puduraya. Aku seakan sedih utk melepaskan dia pulang ke kampusnya. Aku cube melengahkan masa ke terminal bus. Aku mengajaknya makan di sebuah warung, dia bersetuju, tetapi, dia enggan menjamah ape2, sebaliknya aku bersemangat meminum iced lemon tea. Aku terus menyedut minuman dengan perasaan yg bercampur baur. Dia disebelahku hanya memandangku. Setelah membayar harga minuman tersebut, kami terus ke kaunter tiket. Rupa2nya bas yg bakal dinaikinya tidak tiba lagi. Aku hanya mampu berdoa agar basnya xsampai2. Kejamnya aku, aku sedih utk berpisah dengannya. Ntah bila lg kami akn berjumpa dan keluar bersama begini. Bas yg ditunggu2 belum jua tiba dan sudah lewat dr waktu sebenarnya. Aku hanya duduk diam di sebelahnya. Kami hanya membisu dan hanya sekali-sekala kami berborak. Si dia yg kerap resah mungkin bimbangkan basnya yg xkunjung2. Aku hanya diam dan memandangnya kosong.

 

Akhirnya masa kami berpisah tiba jua. Bas yg telah ditunggu telah tiba, walaupun lewat. Aku menghantarnya menaiki bas. Akan tetapi, aku tidak mampu menunggunya utk melambainya, padahal itulah perkara yg kuselalu harapkan setiap kali kami berpisah. Dadaku terus sebak. Aku tidak mampu menangung perasaanku berada di perhentian bas tersebut. Aku mahu pulang. Dalam cab yg aku naiki, segalanya tidak mampu dibendung lagi. Air mataku mencurah2 keluar. Aku menyedari bahwa pemandu teksi tersebut menyedari akan kelakuanku, tetapi aku tidak mempedulikannya. Kami berbalas2 mesej dan keadaan itu menyebakkanku. Aku meluahkan segala yg aku rasa kepada Sam kerana hanya dia yg mengerti perasaanku. Aku hanya mampu melegakan perasaanku yg kami akan berjumpa lg di negeri kami sendiri, di rumah aku sendiri. 

 

Walaubagaimanapun, aku sangat hepi dan bersyukur kerana kami telah meluangkan masa bersama, walaupun kami bakal berpisah sekejap nanti. Aku berdoa semoga hubungan kami kekal bahagia hingga ke akhirnya…amiiin….

 

 

Posted in ~Cinta Roti Bakar ~~ | | |


One Response to ' Pudu, shopping, ais-krim dan … '

Subscribe to comments with RSS

  1.   The Guy said,

    on January 17th, 2006 at 5:08 am

    dah bertunang tak rasmi ya.. hehe.. moga kekal hendaknya..

Leave a reply


  •  

    December 2005
    M T W T F S S
    « Nov   Feb »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  
  • Recent Posts

  • Recent Comments

  •