Recent update
Cinta Roti Bakar part 3
November 8th, 2005 by inandwan
“ Thanks Lin kerana sudi keluar td. Wan hepi sgt coz kite jumpe kat tempat kite sendiri, walaupun Wan xpandang Lin secara tepat Thanks, Lin.”
Mcmtuela bunyi msg yg aku terima setibanya di bilikku. ‘’ Alhamdullilah, dah selesai satu perkara. Arapnya selepas ini, semuanya berjalan dengan lancar. Amiin. Hehehe. Ujarku sambil tersenyum sendirian. Aku mmg cukup berpuas hati dgn pertemuan tadi. Cukup bermakna, walaupun sekejap..xsempat tengok jam bape minit tadi…hhuhuhuhu…sambil menguntumkan senyuman yg penuh kepuasan (angau, kwnku ckp, isk2), kumemeluk Sin Chan adikku, seraya, fikiranku melayang layang, memflashback apa yg berlaku sejam setengah yg lalu….
Aku menelefonnya untuk memberitahu bahawa aku jadi ke bazar Ramadhan pada hari ini, tetapi ‘benda’ yg dijanjikan tidak dapat kutunaikan. Aku menanyakannya adakah dia masih mahu ketemu (berjumpa…) denganku walapun benda itu xde…dia menjawab dengan selambanya..
’’erm..boleh jer..kite jumpe n exchange kad raya jap je ek…’’ hehehehe…aku ok je…xde masalah, lagipun aku dah bersiap dengan sepasang baju kurung yang banyak sangat coraknya, yg paling sempoi, yg penting, xperlu di iron..hehheheh…
‘’ Okeh…nati jumpe kat sane la ek…bye…’’ ujarku sambil menekan butang merah di hansetku…sambil tersenyum…lallalallala..aku menyanyi kecil…keluar je dari bilik, adiikku yg sedang study tue menyampuk…. ‘
’ Aiii…Kak Lin, nk pg bazar Ramadhan ke nak kuar date nie?? Hehhehe…’’ sambil menjeling kepada adikku, dengan sempoinya aku membalas, ‘’ eh…kat bazar Ramadhan tue kan ramai org..xkanla nak pakai selekeh2…ape arr….’’
Aku membalas sambil menyedari hatiku mula berdebar2….aisye, nape lak nie..hhuhuhu 5 minit kemudian, aku dan mamaku tiba di bazar Ramadhan, yg sudah lama aku xpg..orang yg berkunjung pun, boleh tahan, ramainya….kete pun banyak… ‘
’ Lin, tue dia posmen…mama tengok ade surat tadi…bg je dekat die..nati dia tolong postkan….’’ kata mamaku sewaktu org yg menaiki motosikal merah itu berlalu di tepi kami….
‘’ erm…sebenarnya…Lin nk jumpe kwn Lin, Wan tue….boleh ke mama??’’ aku berkata dan menyedari suaraku sedikit bergetar..huhuhhu..nape nie?? Takut ek… ‘’ nak jumpe Wan? Dia dah tahu ke nk jumpe nie ?? ‘’
‘’ ha’a dia dh tahu…tp, xtau nk jumpe kat ne lagi….erm…mama nk pg kat mane nie??’’ jawabku sambil tersenyum kecil…
‘’ erm…lau mcm tue..ckp kat die, jumpe kat bangunan TNB tue la…mama nk pg sana lps nie…’’ kata mamaku sambil tersenyum…
‘’ okeh2…nati Lin ckp kat die…dia lmbt skek kot …jln jammed nie…erm…mehla mama kite pg kedai lain dulu…’’ kataku sambil berjalan ke arah tangga menuju ke kedai itu…hatiku berbunga ceria, xsangka mama bersikap begitu….heheheheh
Tak lama kemudian, aku menelefon Wan… ‘’ Wan, awk kat mane nie? Dh sampai ke belum??’’ soalku bertubi2…dengan muka yg penuh kerisauan, suspen..jeng2… ‘’ erm..sy kat kedai ERA nie…tau ke kat ne??’’
‘’ kedai ERA?? Kat ne? Erm…owh…tau2…watpe? ada ape kat situ?? ‘’
‘’ Wan beli top upla, Lin…hehhehe…nati siap nie, sy terus pg kat TNB tue ek…erm..td sy dh pg sana..tp, Lin xde pun..Lin kat mana nie ?? ‘’
‘’ erm..Lin kat kedai emas…ade keje skek…nati kt jumpe kat sanala ek…bye…’’
Selesai aku menemani mamaku di kedai emas, kami menuju ke tempat yg dijanjikan…Tibalah saat yg dinantikan selama hampir tiga bulan….rindu bangat aku kepadanya…huhuhu…dari jauh kelihatan seorang lelaki seiras tok arab berdiri tercegat betul2 di depan pintu masuk TNB…hampir2 aku sekan tidak mengenalinya….dengan baju biru tua yang berbelang2 putih…mcm femeliar je baju tue..hehheh.. tetapi, kulihat wajah lelaki itu seakan berpeluh kegelisahan…kenapa yer??
Erm..aku bersama mamaku semakin mendekati Wan yang berdiri keseorangan di bangunan TNB itu…mamaku memulakan bicara…sementara, Wan memohon maaf di atas kelewatannya tadi, jalan jammed katanya…mamaku seakan xkesah…hehehhe…gelak je mamaku.. hhehehe….mereka terus berbual dan sekali sekala Wan mengajukan soalan kepada mamaku…alamak,rancak sungguh mereka berbual…wajah Wan yg tadi keresahan, kini bertukar…mcm hepi semacam jer..hehehe…( amboi, siap gelak2 lagi nie…xboleh jadi..hehhehe )…
Aku tersenyum sendiri melihat peristiwa ini…aku hanyalah pendengar setia…yg memberi peluang kepada mamaku utk berbual dan bercakap dengan lelaki pilihanku itu…(sungguh mesra… Alhamdullilah…semoga ia menjadi titk pertama kepada segala impianku…amiinnn ).
Namun, setiap pertemuan ada perpisahan…Tibala masa utk kami berpisah…aku xbercakap banyak dengan Wan…xpelah lain kali pun boleh…yg penting bagiku, restu keluarga….mamaku berjalan melulu menuruni tangga…Aku membuntuti mamaku…
‘’ owh..lupe lak..awk park kete kat ne?? “ soalan pertama dan terakhir kutujukan kepadanya petang yg bersejarah itu… “ erm..kat belakang tue…’’ ujarnya sambil menuding jarinya ke belakang bangunan itu, sambil mengukirkan senyuman….
‘’ erm…keyla…bye…’’ dgn penuh debaran, aku mencoverkan diriku dengan melambai2kan tanganku tanpa menoleh dan terus meninggalkan Wan di situ….
Aku tidak memikirkan apa2…yg kutahu…aku cukup bahagia…tetapi, aku risau jugak, kalau2 Wan kecil hati dengan sikapku yg selamba sewaktu kami berpisah tadi…aku masih lagi tergamam dan terkejut dgn apa yg terjadi…sungguh di luar jangkaanku !! Dengan perasaan yg bahagia dan gembira, aku pulang ke rumahku…segalanya telah terungkai…rindu pun telah kulepaskan dengan jayanya…hehhehehe…aku menunggu kehadiran jejaka Dashing itu ke rumahku pada hari raya nanti…
’’Insya Allah, raya kelima nanti ….” kata2 tersebut masih lg terngiang2 di telingaku…Aku bersyukur kerana mamaku seakan memberi reaksi yg positif terhadap Wan…mamaku seakan mahu mengetahui lebih lanjut lg mengenai Wan….daripada petang itu sehinggala ke malamnya…semuanya Wan..Wan..Wan…hehehehe….nampaknya nk lawan populariti Mawi kat umah ni ek…~ngeh2~
Aku memanjatkan doa semoga hubungan kami terus direstui oleh kedua2 belah femeli…amiiiiinn….
Diceritakan semula oleh seorang sahabat
Posted in ~Cinta Roti Bakar ~~ | | | 2 Comments
- CiNtA ZuLaiKhA -
November 7th, 2005 by inandwan
Kenapa ni, monyok aje ni, sakit ke?" Nurul yang baru balik dari tutorial bertanya kepada teman sebiliknya.
"Nurul, sampai hati Zack buat begini pada aku", Ain menangis teresak-esak.
"Kenapa?" Nurul bertanya kembali, agak panik dengan Ain yang semakin kuat esakannya.
"Kami, kami, kami dah putus", raung Ain.
Episod di atas mungkin sesuatu yang amat biasa kita temui. Bercinta dan merana, kecewa dan dalam sesetengah kes "frust menonggeng" hingga hilang arah tujuan. Malah di Malaysia sendiri, ruang hiburan dikuasai oleh lagu-lagu cinta remaja. Namun, apa yang ingin disentuh di sini bukanlah kisah cinta Uda dan Dara, Romeo dan Juliet atau Laila dan Majnun.
Perlu diketahui bahawa cinta adalah salah satu daripada kurniaan Allah kepada manusia. Ruang lingkup cinta terlalu luas sebenarnya namun manusia yang sering mengecilkannya. Cinta makhluk kepada Yang Maha Esa adalah cinta yang paling agung diantara segala cinta. Kerana itulah para Syuhada’ menentang musuh dengan penuh keberanian tanpa bimbang terkorban dalam perjuangan.
Cinta Rasullah SAW kepada umatnya dapat dilihat dengan jelas sewaktu peristiwa baginda dibaling dengan batu oleh orang-orang Taif. Sewaktu malaikat Jibrail bertanya kepada baginda apakah baginda ingin Allah menurunkan bala kepada penduduk Taif, baginda menyatakan bahawa mereka belum mengenal kebenaran malah baginda mendoakan agar hati mereka terbuka untuk menerima syiar Islam.
Begitu juga cinta para sahabat yang dalam kepada Rasulullah SAW hinggakan sanggup berada di samping Rasulullah SAW walaupun nyawa mereka terancam.
Dalam hubungan manusia sesama manusia, cinta memainkan peranan yang penting. Cinta seorang ibu kepada anaknya membawa ke syurga dan cinta seorang ayah sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak dan isteri.Cinta diantara suami dan isteri pula jelas tergambar dalam Surah Ar Rum ayat 21 yang maksudnya:
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya. Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
Namun dewasa ini, yang sering terjadi ialah hubungan cinta teruna dan Dara di luar lingkungan perkahwinan. Justeru itu, apa yang terjadi adalah sesuatu yang mengaibkan, kes buang anak yang begitu heboh diperkatakan di Malaysia umpamanya adalah contoh cinta terlarang yang melanggar hukum Allah yang ditetapkan. Dalam menuju kedewasaan, minat-meminati di kalangan berlawanan jenis adalah sesuatu yang lumrah. Namun, perasaan ini haruslah dijaga, ie.
"You must be the master of your feelings, don’t let your feelings be the master of you"
Agak menyedihkan kerana ramai yang terbawa-bawa dengan perasaan cinta ini hingga sanggup berkorban segala-galanya untuk orang yang dicintai padahal si dia belum lagi menjadi suami yang sah. Bak kata orang tua-tua:
Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih kulurutkan,
Buang emak, buang saudara, kerana kekasih kuturutkan…
…..Zulaikha cuba menggoda Nabi Yusuf dan menarik baju yang dipakainya…..
Di sini, ingin saya buka lipatan sejarah, menyingkap kisah cinta yang tak lapuk dek panas, tak lekang dek hujan. Kisah cinta Nabi Allah Yusuf (Alaihissalam-AS) dan Zulaikha. Mungkin ramai di antara kita yang mengetahui kisah kekacakan Nabi Yusuf (AS) sehinggakan Zulaikha, ibu angkatnya sendiri jatuh cinta padanya.
Nabi Yusuf (AS) disumbatkan ke dalam penjara setelah Al Aziz, pembesar Mesir pada masa itu yang juga merupakan suami Zulaikha tidak tahu apa yang patut dilakukannya setelah peristiwa Zulaikha cuba menggoda Nabi Yusuf (AS) dan menarik baju yang dipakainya hingga terkoyak di belakang. Namun dengan izin Allah, seorang bayi yang kebetulan ada di situ berkata-kata dan membersihkan nama Nabi Yusuf (AS) yang suci. Selepas peristiwa itu, Zulaikha menjadi gila kerana tidak dapat menahan rasa cintanya pada Nabi Yusuf (AS) hingga Al Aziz terpaksa melepaskannya.
Setelah 12 tahun berlalu, Nabi Yusuf (AS) dibebaskan dari penjara dan akhirnya beliau diangkat menjadi raja. Hinggalah pada suatu hari, sewaktu Nabi Yusuf (AS) berjalan-jalan di pasar, beliau terjumpa seorang perempuan tua yang gila dan asyik menyebut-nyebut namanya. Rupa-rupanya, perempuan itu ialah Zulaikha. Dengan izin Allah, Zulaikha menjadi muda kembali hasil mukjizat Nabi Yusuf (AS), dan mereka berkahwin.
"Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan untuk kamu nikmatKu serta telah Aku redha Islam sebagai agama kamu."
(surah Al-Maida: 3)
Setelah peristiwa itu, Zulaikha menemui cinta yang lebih abadi, Zulaikha kini benar-benar bersyukur kerana Allah SWT yang Maha Pengasih dan Penyayang telah memberikan peluang kedua padanya. Cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf (AS) telah luput, digantikan dengan cinta makhluk terhadap Pencipta-Nya. Masanya dihabiskan dengan bermunajat kepada Allah hingga beliau tidak mempedulikan Nabi Yusuf (AS) sendiri yang suatu waktu dulu digilainya.
Mengikut ceritanya, Nabi Yusuf (AS) telah menarik baju Zulaikha yang asyik beribadat. Peristiwa ini bolehlah diumpamakan sebagai qisas kerana dahulu Zulaikha telah menarik baju Nabi Yusuf (AS). Yusuf kemudian memberitahu Zulaikha bahawa dari mereka akan lahir nabi-nabi yang akan membawa kebenaran.
Melihat pada peristiwa ini, nyatalah cinta sesama makhluk tidak akan kekal, apatah lagi kalau cinta itu dilandaskan kepada nafsu semata-mata. Cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal terabdi bersama berdiri megahnya Taj Mahal, namun sedarkah kita bahawa pembinaan Taj Mahal telah menyebabkan tangan pengukir-pengukir yang handal dipotong semata-mata kerana Shah Jehan tidak mahu ada bangunan lain di dunia ini yang dapat menandingi kecantikan Taj Mahal!!
Kita haruslah sedar bahawa cinta sesama makhluk hanyalah sementara, oleh itu adalah lebih baik sekiranya kita tak terbawa-bawa oleh arus cinta, bermain dengan ombak perasaan dan akhirnya karam sendiri bila cinta yang diharap-harapkan tidak kesampaian…
Saf-One..
-CINTA ZULAIKHA-
Kecamuk Cinta Nan Ramah Bermadah
Menunda Mimpi Ke Ruangan Rasa
Ke Titik Pertemuan Langit Dan Bumi
Zulaikha Pasrah Mencari Erti
Tak Siapa Yang Bisa Mereda
Cinta Zulaikha Membuak Di Dada
Menyintai Yusuf Berwajah Tampan
Terpegun Indahnya Ciptaan Tuhan
Zulaikha
Kisah Cintamu Menggemparkan
Sehingga Tersebut Dalam Al-Quran
Zulaikha
Cintamu Mengundang Ujian
Menagih Pengorbanan
Di Persimpangan
Cintakan Tuhan
Atau Insan Pilihan
Dengan Rahmat Dan KurniaNya Jua
Yang Merubah Arah Cinta Zulaikha
Betapa Hebatnya Yang Maha Pencipta
Terbukti Kini Cintamu Zulaikha
Hanya Kepada Tuhan Yang Esa
Ombak Rindu Pun Terus Melanda
Membara Cintamu Ke Hujung Usia
Posted in ~~ Artikel Besh ~~ | | | 0 Comments
