Recent update

Subscribe to RSS feed

Cinta roTi BaKaR….

July 16th, 2005 by inandwan

Dia menuruni tangga menuju ke segerombolan kenderaan kuning biru yang bersegmen itu. “Arapnya kita tidak terlambat lagi, Sam”, ujarnya sambil memandang kearah Sam yang menganggukkan kepalanya. Dia terus meneruskan hayunan langkahnya yg semakin longlai kepenatan tetapi debaran di hati terbukti kontra dengan hayunan itu, begitu pantas dengan degupan yang bisa mengalahkan pecutan kencang Asafan Powell…Dengan kehendakNya, mereka berdua berjaya menyelusup masuk ke dalam badan kenderaan itu. Meskipun manusia kelihatan seperti semut-semut yang mengelilingi gula, akan tetapi seakan ada sesuatu yang sedang menanti, seakan-akan melambai-lambai, memangil namanya…Oh !! “Sam, Lin takutla…macamana nak jumpa dia nanti…okey ke Lin nie??” ujarnya sambil membelek-belek muka dan tudungnya berkali-kali…Sepantas kilat, Sam mengenggam jari jemarinya dan ternyata Sam memberi kekuatan yang cukup sepadu kepadanya. Kata-kata semangat Sam sememangnya mengamit sejuta rasa kelegaan kepadanya. “Terima kasih, Sam”, bisik hati kecilnya sambil wajahnya mengukir senyuman cuba menyembunyikan debaran di dada.

 

Setengah jam kemudian, mereka tiba di tempat yang dituju, lalu mereka membolos keluar. Dengan satu keluhan kecil dilepaskan tanpa melengahkan masa lagi, mereka mencari bangku untuk menyelesaikan satu perkata yang belum diselesaikan lagi. Dia mengeluarkan pen kilometrico yang dibelinya tadi dan mencapai satu plastik yang mengandungi kad-kad ucapan yang memerlukan beberapa coretan di atasnya. Mereka berdua bersama-sama mengarang ayat-ayat untuk dititipkan di atas kad tersebut. Getaran dihatinya masih lagi kencang, sambil matanya kerap mengerling ke arah telefon bimbitnya, menanti kemasukan mesej ataupun panggilan yang sangat-sangat dinantikannya. Dia takut-takut perjumpaannya pada kali ini gagal ataupun sesuatu yang tidak elok berlaku…

 

Dia terus menanti dan menanti. Menunggu dan menunggu. Setin air soya bean telah menjadi mangsa kehausannya. Semakin lama, semakin risau akan ketidakmunculan orang yang dinanti-nantikannya itu. Satu dua panggilan sahaja yang bisa melegakan hatinya. “Harapnya semuanya selamat”, ujarnya sambil memanjatkan doa kepadaNya. Tiba-tiba telefonnya kembali berdering…

 

“Ok, ok awk tunggu di sana, nanti kami datang, lambat skek kot…tunggu, ek?”, jawabnya sambil mematikan telefon dan menuju ke kaunter membeli tiket ke destinasi yang ditujunya. Rupa-rupanya jalan sehala telah mempermainkan kawannya itu.

 

Setibanya dia bersama kawan baiknya itu ke destinasi terbaru mereka, mereka terus meluru ke tempat di mana seseorang yang cukup istimewa menantinya. Berbaju merah, berseluar jeans hitam di bangku, jauh dari orang ramai. “Alamak, betul ke dia nie, macam orang lain jer…” bisik hati kecilnya. Sam terus menarik kawannya itu kerana keenganannya itu. Tanpa memperkenalkan diri masing-masing, masing-masing mengukirkan senyuman dan memulakan langkah berjalan-jalan di sekeliling tempat tersebut. Tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang mereka, mereka terus berjalan seiringan sambil bercakap dan bercerita tentang diri masing-masing. Banyak sekali topik yang dibincangkan bersama. Dari hal sekeliling hinggalah ke isu-isu semasa. Sambil berceloteh, kaki mereka mendaki escalator, terus ke hadapan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Mereka menuju ke sebuah kedai buku apabila si gadis ingin membelikan sesuatu kepada teman barunya itu. Diajaknya jejaka itu memilih sebuah buku diantara dua. Ternyata, sebuah buku usahawan berjaya menjadi pilihan. Tanpa banyak soal, dia mengambil buku tersebut dan terus membayarnya di kaunter. Bersama-samanya dia memasukkan kad-kad yang ditulisnya di bawah jejantas tadi. Dia ingin memberitahu segala isi hatinya kepada teman barunya melalui ucapan-ucapan yang tertera di atas kad tersebut. Hanya kata-kata yang mampu menerangkan segala-galanya. Sambil tersenyum, jejaka bermata coklat itu mengambil bungkusan yang dihulurkan.

 

Tiba-tiba lelaki seakan kacukan arab tersebut menanyakannya, “Lin, sy nak belikan cincin untuk Lin, macammana?”. Dia terus tersenyum tanpa bersuara lalu menganggukkan kepalanya. Sebenarnya, dia sangat terkejut dengan permintaan teman barunya itu, dan sedikit sebanyak meragui keikhlasannya. Namun sinar matanya yang menggmabarkan keihlasannya telah mendorongnya memberikan respond semerta tadi. Hatinya terus berdebar-debar tatkala matanya melilau-lilau menjengah di gerai-gerai yang menjual cenderamata dan barangan perak. Namun, mereka gagal mencarinya, kedua-duanya hampa, dan tersenyum. Tetapi, mungkin ada hikmah disebaliknya, bisik hati kecilnya.

 

Namun, si gadis memecah kesunyiaan diantara mereka, “awk xnak makan ke? Minum ke? Saya hausla…”. Teman barunya itu terus mengangguk dan menurutinya ke sebuah gerai makan. Setelah mencari tempat duduk yang sesuai, si gadis meminta diri untuk membeli minuman untuk melegakan kehausan di tekaknya. Urusannya menjadi senang kerana si jejaka mahukan minuman yang sama dengannya. Dia terpinga-pinga dengan permintaan sahabat yang ditemui di alam maya itu. Dia menuju ke kaunter, membeli dua gelas air blackcurrant dan setelah selesai membelinya dia terus menuju ke meja di mana teman barunya sedang membelek-belek kad-kad ucapan tersebut. Jantungnya bagai mahu melompat bercerai dari badannya. Tidakkah itu terlalu awal untuk dia membaca apa yang telah ditulis?? Si pemuda seakan tidak sabar membacanya. Sambil mengurangkan debaran di hatinya, si gadis menyatakan hasratnya untuk membeli sedikit makanan, tambahan pula, dia kelaparan sejak tadi lagi, berlari ke sana ke mari. Tidak lama kemudian, dia kembali ke meja tersebut sambil menatang satu set roti bakar yang disapu dengan strawberi jam…Mereka tidak banyak bercakap di meja makan, sedang si gadis terus menyuapkan roti bakar ke mulutnya. Sesekali mereka memandang antara satu sama lain, sambil tersenyum. Si gadis terus melayan selera makannya tatkala sesekali sekala mengofferkan roti bakar kepada teman barunya. Namun, jejaka tersebut hanya mengelengkan kepalanya sambil tersenyum.

 

Setelah si gadis menghabiskan roti bakar tersebut, mereka meneruskan aktiviti tawaf mereka di tempat bersejarah bagi mereka itu. Mengikut sahaja langkah kaki, mereka tiba di sebuah bangku, yang terletak jauh dari tempat orang awam. Yang kelihatan hanyalah beberapa orang sedang mengheret barangan masing-masing. Maka dudukla mereka berdua di situ. Batasan agama masih lagi dipegang. Sambil melihat-lihat permandangan dan gelagat manusia sekeliling mereka, mereka meneruskan perbualan mereka tentang diri masing-masing, kawan-kawan mereka dan seribu macam perkara yang spontan keluar dari kotak pemikiran mereka. Kerancakkan dan gelak ketawa mereka telah membuatkan beberapa orang awam memandang mereka sambil tersenyum. Apalah yang mereka fikirkan itu?? Namu, ternyata ia menyerlahkan lagi keserasian dan kesefahaman di antara kedua mereka. Pandapat mereka seakan selari, tiada sedikitpun terselit percanggahan dan perselisihan. Isi-isi perbincangan mereka seakan-akan telah dirancang terlebih dahulu, walaupun inilah kali pertama mereka bersua muka setelah dua minggu berkawan di alam maya. Dunia Internetla menjadi perantaraan perhubungan dan saksi kepada segala yang telah berlaku antara mereka. Kini setelah mereka bertemu, segala rahsia telah terbuka. Segala kebenaran telah menonjolkan dirinya. Segala impian telah menjadi kenyataan. Segala-galanya telah terbukti di sini…

 

Namun masa jua yang memisahkan mereka. Walaupun mereka seakan tidak mahu berpisah, namun kenyataannya setiap pertemuan pasti ada jua perpisahannya. Si gadis pulang dengan penuh kepuasan, namun ianya penuh debaran apakah kesudahannya kisah mereka berdua ini. Apakah reaksi si pemuda selepas ini? Bagaimana dengan hubungan mereka selepas ini? Seribu macam persoalan berlingkaran di fikiran…biarpun apa jua yang terjadi selepas ini, dia pasrah, dia telah berusaha sedaya upayanya untuk memberikan yang terbaik buat insan yang mula dirinduinya itu.

 

Kembalinya ke tempat dia diperlukan, membuatkan hatinya masih berdebar. Apakah reaksinya?? Bagaimana kalau…Ah, terlalu negatif sekali otaknya berfikir…

Tetapi, si jejaka menghantar mesej kepadanya menyatakan ucapan ribuan terima kasih kerana kesudiaannya menemuinya malam tadi. Diselitkan bersama perasaannya. Ternyata sekali segala sangkaannya meleset. Mereka berdua sememangnya cukup berpuas hati, gembira tak terkata setelah bertemu tadi. Mungkin kerana cinta sudah lama bersemai di hati keduanya. Kini, mereka masing-masing saling merindui dan seakan tidak sabar untuk bertemu buat kali kedua…Biarlah masa dan keadaan yang menentukkan segalanya…

 

Namun, si jejaka sedikit kecewa dengan pertemuan mereka tadi setalh menolak pelawaan si gadis untuk bersama menikmati sekeping roti bakar yang bersapu strawberi tadi. Dan di perhentian Ayer Kerohla menyaksikan penyesalannya dan kekempunanya. Mengenangkan peristiwa semalam, si jejaka keseorangan menikmati roti bakar di kala jam menunjukkan pukul 12 tengah malam…

 

 

 

* Crite ini ditulis semula berdasarkan pengalaman seorang teman yang terlibat dalam Cinta Internet….

 

 

 

 

 

 

Posted in ~Cinta Roti Bakar ~~ | | | 3 Comments

  •  

    July 2005
    M T W T F S S
        Aug »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
  • Recent Posts

  • Recent Comments

  •