Recent update

Subscribe to RSS feed

Doa Elak Dirogol dan dicabul

September 24th, 2007 by inandwan

Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak

Di Rogol & Cabul 

Oleh 

Zaharuddin Abd Rahman 

www.zaharuddin. net 

Terdapat
beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada
dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam
situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat
lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Moga DiPelihara

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di

artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin
sebelum ini. 

Ingin
saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim
a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para penjahat melarikan diri,
saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
 

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
 

Ertinya
: Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan
Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka
lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" (
Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad
ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
 

Semoga
ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan
lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu
apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah
dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru,
seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk
beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa
ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah
lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa
yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh
, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih

seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu
menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t
tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.
 

Fikirkanlah.

Posted in Sedikit InformaSi | | | 0 Comments

Gabung Semua

September 19th, 2007 by inandwan

Assalamualaikum
semua..

Lama
betul tak update blog nie yer huhu. Ntah tiba-tiba harini tergerak hati nak
update sambil-sambil berkongsi apa yang berlaku disekeliling saya semenjak dua
menjak neh. Mood blog pada kali ini, NATURAL :D

Blog Baru

Dah
dua bulan dah saya membuat 2 blog untuk meng’share’ apa2 saja yang menarik.
Blog Sharing is Caring ini khusus untuk artikel2 yang saya jumpa, saya baca dan
saya kumpul dan dirasakan sesuai untuk dimanfaatkan bersama. Dan untuk Ramadhan
kali ini, saya postkan mengenai Ramadhan..dan kebanyakkannya dalam English.
Selain dari berkongsi ilmu dan info dengan kwn2, sy juga berharap entry in
English tue leh dekatkan kita dengan non-muslim dan non-Malaysians. Semuga
hasrat saya ini diberkatiNya.

Satu
lagi blog; Anis is sharing…lebih berbentuk agama skek…sy ada uplodkan video,
music dan artikel2 yang berunsur keagamaan. Dan untuk Ramdhan, sy ada upload
lagu2 Ramadhan yang ada dlm koleksi saya. Dan sambutannya, Alhmdulilah…dan lau
ada permintaan, saya akan upload lagu2 raya yang agak bnyk huhu tp kena tengok
mood ahh..silap2 sambil upload tue nangis lak :P

 

Ramadhan

Rasanya
tak terlewat saya ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua.
Semuga Ramdhan kali ini lebih bermakna,lebih baik dari tahun sebelumnya. Tapi
cmane nak jadi kebih baik?? Banyak yang kita leh lakukan untuk tambah ‘ tabung
puasa’ kita. Tp awas, sambil menabung tue, jangan ‘tercicir’ lak. Jangan dok
sibuk tambah pahala, tapi dosa pun tambah gak. Taknaklah ‘balance’ nak “UP”
skek dari sebelumnya. Dan satu lagi, jangan sibuk kejar yang sunnat, tapi yang
wajib kita tak jaga… contohnya, sembahyang 5 waktu kita tak jaga, slalu lewat,
kadang2 miss huhu tapi terawikh buat 20 rakaat…tak ke terbalik tue?? 

kanOoo
ye ramai gak yang tanya camne pengalaman pose kt sini ?? Sebenarnya lebih kurang sama je kat
mana2. yang penting; diri kita, bukan tempat tue. Mana-mana pun kita bleh
berpuasa, bersahur dan berterawikh n bertadarus kan ? Tapi saya rasa berpuasa dirumah dengan
femeli adalah saat yang manis sekali dan memang tak dapat dilupakan. Taknaklah
tulis panjang2 nati seedy plak :P

Jadi,
Selamat meneruskan amal ibadah di bulan yang mulia ini. Mehla kita sama-sama
tambah dan penuhkan tabung Ramdhan kita tanpa men’cicirkan’ apa2
saja..insyaAllah…banyakkan berdoa moga2 segala dosa kita diampunkanNya…amiin…

 

Kerja yang tak habis

Dah
lumrah kita sebagai students, takleh lari dah dr kerja yang banyak. Tue antara
tanggungjawab kita dah. Belajar bukan mudah. Ada orang cakap, lau mudah, itu
bukan belajar hehe tapi saya tak taula die panggil ape :P

Jadi,
rasanya semua orang sedang dihujani dengan bertimbun2 esemen untuk disiapkan.
Kwn2 saya di Malaysia pulak agak sibuk nak prepare untuk projek PSM, final exam
nanti. Kami disini yang takde exam (jgn jeles yer :P), esemen byang bertingkat2
prosesnya perlu dibuat. Mana tak bertingkat lau 1 esemen tue bawak markah 50%
huhu tak ke banyak tue??? Lau wat cincai cincai..markah pun cincai ahh hehe Man
Jadda wa Jadda (Sesiapa berusaha dia berjaya)

Jadi,
Selamat berusaha semua!!! Chaiyok!! Gambatte ne!!!

Tapi,
jangan lupa salurkan niat kita untuk belajar KERANA ALLAH…

 

Rasenya
setakat ini sahaja untuk kali ini

Nanti
sy update lagi yer…

Luv
u all….

 

Posted in ~~ Luahan Rasa ~~ | | | 0 Comments

Happy 2nd Anniversary

July 9th, 2007 by inandwan


Cepat sungguh masa berlalu. 24 Jun 2007, genaplah 2 tahun perkenalan kami. segala memori lalu masih lagi segar diingatan. meskipun sudah setahun lebih berjauhan, namun hubungan kami, alhamdulilah masih segar seperti dulu. terasa seperti semalam mengenali dia. semakin hari, alhamdulilah semakin kukuh, semakin yakin dengan ketentuanNya, semakin banyak yang aku pelajari tentang hidup ini..dan hari ini dia mengajar aku agar jangan terlalu mengejar kesempurnaan, nati hidup makin susah, nati hubungan semakin tak sempurna..akanku ingat pesanan itu. Alhamdulilah walaupun kadang-kadang ada hujan panas, hujan batu yang menimpa, tetapi..pelangi indah tetap datang jua. pahit manis dalam hubungan sebenarnya mematangkan kita dan mengukuhkan hubungan itu sendiri.insyaAllah semoga hubungan ini terus mekar, dan berkekalan hingga ke syurga. Amiin…

Syukur, ya Allah kerana mempertemukan aku dengan dia yang amat memahamiku.

dan terima kasih si bucuk kerana terus berada disisiku dan terus menyayangiku..

Doakan hubungan kami berkekalan dan kami disatukan dengan ikatan pernikahan..

Happy Anniversary…

missing you ^_^

Posted in ~Cinta Roti Bakar ~~ | | | 5 Comments

Free TV Online

July 4th, 2007 by inandwan

Assalamualaikum…

Lama sudah saya tidak ‘mengupdate’ blog saya nie…sibuk..dan sekarang cuti..insyaAllah adalah masa terluang skek :)

Ooo ye saya ingin kongsi tentang free TV Online..sebenarnya dah lama saya menunggu untuk menonton tv malaysia..jeles dengar adik2 bercerita :P
Anda mungkin senasib dengan saya kalau anda:

Semalam saya jumpa caranya..mudah jer…yang penting anda mesti mempunyai Windows Media Player..Anda boleh copy dan paste URL rancangan kegemaran anda di File> Open URL. Pastue klik je OK…tadaaaaa..siap :)

Rancangan apa yang ada? banyak heheh…TV3, TV9, NTV7, 8TV, semua ada. Tapi astro takdelah hehe…

Ni dia list chanels tue…

Malaysia Infotainment TV: Includes TV3, NTV7, 8TV & TV9 program.
http://202.75.62.98/startv_infotainment

Malaysia News TV: Includes TV3, NTV7, 8TV and TV9 program.
http://202.75.62.98/startv_news

Metro TV: Indonesian No 1. News TV Station. Includes News & Magazine Program.
http://202.75.62.98/startv_news_id

Dragon TV: China Satellite TV Station. Include News and Magazine program.
http://202.75.62.98/startv_news_cn

Asian MV: Music Videos.
http://202.75.62.98/starmtv_asian

English MV: Music Videos.
http://202.75.62.98/starmtv_english

Thai MV: Music Videos.
http://202.75.62.98/starmtv_thai

TV3: Live TV Station from Malaysia.
http://202.75.62.98/my_tv3

NTV7: Live TV Stream from Malaysia.
http://202.75.62.98/my_ntv7

8TV: Live TV Station from Malaysia.
http://202.75.62.98/my_8tv

Edisi Siasat Channel: NTV7
http://202.75.62.98/my_217

Melodi Channel: TV3
http://202.75.62.98/my_216

Thursday Nite Live
http://202.75.62.98/my_211

So, apa tunggu lagi..jangan lupa anda mengunakkan Broadband yer…Dial Up tue tidak direkemen skek huhuh..

Selamat Menonton!!!!!!!!!!!!!!!!

Kredit to: In dan Amirez ^_^

Posted in Sedikit InformaSi | | | 4 Comments

T H A N K S ^_^

March 26th, 2007 by inandwan

Assalamualaikum n hello for all….

THANKS FOR ALL FOR THE WISHES.

really appreciate it….syukur ALHAMDULILAH….

Syukran jazilan ya HABIBI…krn terus memberi peluang kepada hambaMu ini utk terus menikmati hidup, menikmati ciptaanMU, berkhidmat di muka bumiMU, dan mencari Keberkatan dan KeredhaanMU utk bekalan di hari yg kekal abadi…

Terima kasih kpd penghantar2 SMS..sahabat2 di SMKAM dlu..adik2 tersayang..dan a pakcik ^_^

Tinkiu kpd penghantar2 msg dan komen kt FS nie…
ade yg antar 4 hr sebelum lg heheh nk jd yg 1st katakan heheh :P

Time kaceh kpd penghantar2 testimonials…
Time kaceh kpd semua lagu, kad2, bear, kek, n bunga2… serta doa n harapan dr semua…sy amiinkan semua…AMIIIIN :)

Terima Kasih yg xterhingga pd dearie Shah..
thanks for the cute teddy bear,chocolate and lovely card..huhuh
luv u, missh u…thanks for always being there for me huhuh

Thanks for Etty, Fifah n Sha for ur’ garden of happiness’…its really made my day!!!

Spesel thanks for ‘him‘..thanks for always be with me…thanks for all ur love n everything ^_^ and it was also our spesel day, right :P

and kasih sayang yg xterhingga buat FEMELI terchinta….rindunyer huhuhu tak sabar nak tunggu kad hehehe bile la sampai eh :P

thanks for all…


Terima kasih atas ingatan semua…

i luuuuuuuv u alll….muahxxx

p/s :Diharapkan dengan bertambahnya umur ni..bertambahlah keimanan.. bertambahlah kematangan dan keberkatan dalam hidup yg sementara ini ^_^ dan umur yg telah berlalu digunakan semaksimumnya…amiin..

p/s: Hepi Besday also to Azuan Aziz (24/03/1983), kak Sawitri (24/03/1984) dan  Muhd Nurhakimin (5 Rabiulawal…)

Posted in ~~ Luahan Rasa ~~ | | | 2 Comments

Layar Keinsafan ~~~

March 16th, 2007 by inandwan

Layar Keinsafan
Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com


Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora
Untukku belayar

Posted in Meaningful LyricS ~~ | | | 0 Comments

Tolong sampaikan….

March 7th, 2007 by inandwan


Tolong beritahu si dia
….aku ada pesanan buatnya..
….cinta agung adalah cintaNya..
….cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia,
….jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
….jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
….jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia,
….dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
….dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia.
….Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
….Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
….aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia,
….bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
….bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
….andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia.
….Aku milik Yang Maha Esa..
….Aku masih milik keluarga..
….tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia,
….usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
….andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
….bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya.
….Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
….Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
….aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia.
….Aku tidak mahu melekakan dia..
….Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
….jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia.
….Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
….cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
….hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
….kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..

Moga
dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa
memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar
berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

:P

Posted in ~~ Luahan Rasa ~~ | | | 0 Comments

Kau tulang rusukku :~

February 23rd, 2007 by inandwan

"WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti). Kamu, adalah tulang rusukku!

Kerana
Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah
mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi
merasakan sakit di hatinya…

Setelah berkahwin, pasangan itu
mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu,
pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan
kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan
hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu
sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi
semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA
lari keluar dari rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali dengan perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan,tetapi
seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.
Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil
barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak enunggun, sepertinya.

Dan
di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit
dihatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan
WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport,
tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka
dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA
: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ?Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal…"

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi,
LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya
dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri
yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Posted in ~~ Artikel Besh ~~ | | | 0 Comments

Jelesnyer ~~~

January 16th, 2007 by inandwan

Kalau dicemburui, tandanya berjaya

oleh Dr HM Tuah Iskandar,dipetik dari http://www.etuah.com/eartikel.php#

Orang cemerlang akan dimusuhi oleh orang tidak cemerlang. Orang
berjaya akan dimusuhi oleh orang yang tidak berjaya. Orang cerdik akan
dimusuhi orang tidak cerdik. Orang baik akan dimusuhi orang tidak baik.
Tuk imam akan dimusuhi kaki judi. Polis akan dimusuhi penjenayah. Orang
kaya akan dimusuhi perompak. Orang cantik akan dimusuhi orang buruk.
Orang hebat akan dimusuhi oleh orang tidak hebat.

      Apa nak hairan, sifir kehidupan memang macam tu. Baik lawannya
buruk, neraka lawannya syurga. Kalau anda baik dan anda dimusuhi orang
jahat, itu biasa sebab memang kerja orang jahat memusuhi orang baik.
Tiada orang jahat memusuhi orang jahat. Selalunya orang jahat bergabung
untuk bermusuh dengan orang baik.

      Kalau anda berjaya berdiri di puncak, kemudian anda pun
dimusuhi orang, apa nak hairan, memang kebanyakan manusia gagal akan
bertindak begitu. Jarang orang gagal mahu belajar dari kegagalannya.
Jarang orang gagal mahu membina kejayaan setelah menempuh kegagalan,
sebaliknya memang ramai orang gagal sakit hati dengan orang berjaya dan
akan cuba melakukan bermacam-macam perkara untuk menggagalkan orang
berjaya itu.

      Saya menerima kes seorang peniaga pasar malam ditimpa sakit
misteri dan dia mengesyaki orang yang menyebabkan dia sakit adalah
rakan niaga di pasar malam yang sama. Masalahnya sebab dia seorang yang
lebih berjaya berbanding rakan niaga tadi. Maka dia pun dimusuhi kerana
kejayaannya itu. Apa nak hairan, memang kebanyakan manusia berperibadi
rendah akan berbuat seperti itu untuk naik mengatasi saingannya.

      Seorang guru cemerlang akan dimusuhi oleh guru tidak
cemerlang. Seorang pengetua terbilang akan dimusuhi oleh pengetua tidak
terbilang. Seorang kaunselor yang boleh menyebarkan khidmatnya secara
meluas akan dimusuhi oleh kaunselor yang terbatas bidang tugasnya. Apa
nak hairan, memang manusia begitu. Jarang hendak memperbaiki diri dan
bersaing secara sihat, sebaliknya mencari jalan bagaimana hendak jatuh
menjatuhkan.

      Seorang rakan memberitahu saya, suatu hari tatkala dia sedang
makan tauhu sumbat di sebuah gerai, tidak semena-mena keluar beberapa
ekor ulat dari tauhu sumbat itu dan ulat-ulat itu hidup. Macam mana
boleh ada ulat, sedangkan tauhu sumbat itu panas lagi?

      Perbuatan siapakah ini? Apakah perbuatan orang yang sama
cemerlang atau mereka yang jauh ketinggalan? Jarang orang yang
cemerlang ada masa untuk melakukan berbagai-bagai perkara untuk
melingkupkan perniagaan orang lain, tetapi selalu berlaku orang yang
ketinggalan ada banyak masa untuk menjatuhkan orang cemerlang itu tadi.

      Jika hal semacam ini berlaku ke atas diri anda, usahlah
terlalu kecewa, sebab memang manusia itu macam-macam. Sejak dulu hingga
kini, dunia terpaksa menyimpan orang tidak cemerlang untuk sama-sama
melata di atasnya bersama-sama orang yang cemerlang. Orang tidak
cemerlang tidak akan suka buat apa sahaja yang suka dilakukan oleh
orang cemerlang. Maka orang tidak cemerlang ini akan melakukan
bermacam-macam perkara yang bertentangan. Dia akan menggunakan
bermacam-macam saluran untuk menjatuhkan anda. Dia akan menggunakan
saluran internet, sms broadcasting, akhbar, risalah malah dari mulut ke
mulut.

      Apa nak hairan sangat, manusia gemilang lawannya manusia
keciciran. Biarlah mereka terus tercicir dengan pelbagai hal yang bakal
menambahkan lagi dosa mereka sedang anda menerima pahala percuma hasil
perbuatan mereka. Mengapa perlu sakit hati sangat? Tidak perlu, tetapi
teruskan kerja anda, sampai ketikanya nanti anda semakin berada di
puncak sedangkan dia semakin jauh di jurang yang dalam.

Posted in ~~ Artikel Besh ~~ | | | 2 Comments

Hakikat Pernikahan…

October 5th, 2006 by inandwan

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cuba kita lihat…dan manakah pilihan kita???

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya

Posted in ~~ Artikel Besh ~~ | | | 3 Comments

« Previous Entries
  •  

    November 2009
    M T W T F S S
    « Sep    
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    30  
  • Recent Posts

  • Recent Comments

  •